Peperiksaan sudah tamat. Akibatnya, rasa macam banyak masa untuk mengisi blog. Untuk meraikan penghabisan semester, dengan senang hatinya dia ingin membuat course review untuk setiap subjek yang telah diambil pada semester satu ini (sekaligus mempromosi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang tak menawarkan Ijazah Bahasa Moden selain Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris):
Revelation as a Source of Knowledge
Subjek ini =‘Ulum al-Qur’an + ‘Ulum al-Hadith + pelbagai teori ilmu Islam dan barat. Kalau anda berjalan di sesetengah bangunan di UIA, anda akan mendapati poster-poster atau bunting yang mempromosi kata-kata ini: Revelation and Reason. Maknanya UIA ditubuhkan untuk menyatukan kedua-dua perkara ini.
Subjek ini merupakan manifestasi awal kata-kata itu. Setelah satu semester mengikuti kelas ini, anda takkan ada ragu-ragu lagi bahawa wahyu merupakan sumber utama ilmu dan rujukan di dalam hidup manusia.
Sciences of Hadith
‘Ulum al-Hadith tapi dalam bahasa Inggeris. Sangat klinikal dan banyak konsep macam tak biasa pulak apa komplen-komplen ni. Setelah beberapa lama membuat tugasan dan pembentangan tentang Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim (dan metodologi mereka) terfikir macam ada crush sedikit terhadap Imam Al-Bukhari.
Introduction to Political Science
Tidak suka, tidak benci. Sudah agak penat mendengar dan menggunakan perkataan-perkataan seperti the state, organs of the government, the people, democracy, fundamental rights, constitutionalism, power, authority, legitimacy, sovereignty, dan lain-lain. Tapi selaku (bakal) pelajar Sejarah dan Tamadun, adalah menjadi kewajipan dia untuk tidak terlalu bodoh dalam ilmu sains politik. History is the roots, politics is the fruit.
(Tak cukup dengan itu, department of History and Civilisation diletakkan betul-betul sebelah department of Political Science.)
Introduction to History
Seperti Sejarah Peradaban Dunia yang anda belajar di tingkatan empat. Cuma tidak semudah itu.
Introduction to Psychology
Ini adalah salah satu matapelajaran yang subject matternya akan menghantui anda seumur hidup. Which is actually a good thing, providing that you apply the lessons in real life. Antara pelajaran yang dia dapat daripada kelas ini:
1) Neurotransmitter seperti dopamine, serotonin dan GABA merupakan physical substances. Chemicals, dalam kata lainnya. Gariskan sikit physical tu. Selama ini dia ingat neurotransmitter tu macam cas elektrik ke apa.
2) Dia mempunyai pemikiran jenis all-or-nothing. Contohnya dalam situasi peperiksaan dunia, akalnya akan berkata-kata, “It’s either A or nothing.” Tak bagus.
3) Semua ilmu psikologi ni datang dari Amerika Syarikat sahajakah? Adalah seorang, dua perintis dari Jerman dan Perancis. Orang Islam mana.
OK to be fair, Department of Psychology UIA telah dan sedang berusaha keras ke arah Islamisasi ilmu Psikologi. Ada Dr. Badri Malik, Dr. Alizi Alias, Dr. Mariam Adawiyah, dan yang lain. Tokoh psikologi Muslim abad ke-21 fuh.
4) Membaca buku teks Intro to Psych sama seperti membaca satu artikel Reader’s Digest yang amat amat panjang. Semua topik yang dibincangkan ada kaitan langsung dengan diri pembaca: Memory, Thinking, Cognition and Language, Sensation and Perception, Motivation and Emotion, the Biological Aspect, etc, etc.
5) Banyak lagi, tak tersebut semuanya.

