History lesson 1

0 comments
(I write this with all due respect to scholars and students of tafseer, and all those who understand better and more accurately. 
Pengetahuan dia tentang tafsir ayat-ayat al-Qur'an sangat sangat sedikit.
Adapun post ini, tulisan dia sebagai pelajar Sejarah dan Tamadun.)

Anda ingat ayat ini?

Maksudnya:
Dan apabila Tuhanmu bertitah kepada para malaikat, 
"Sesungguhnya Aku akan mencipta khalifah untuk mentadbir bumi." 
Para malaikat (hairan lalu) bertanya, "Apakah Kau akan mendatangkan pentadbir bumi daripada makhluk-makhluk yang membuat kerosakan di atasnya, dan menumpahkan darah, sedangkan kami berterusan bertasbih memujiMu dan menyebut-nyebut kesucianMu?"
Titah Allah kepada malaikat, "Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui segala apa yang kalian tidak tahu."

Biasanya, terjemahan ayat ini akan menarik perhatian kita kepada sifat manusia yang suka membuat havoc dan berbunuh-bunuhan. Sering juga timbul pembezaan sifat semulajadi antara malaikat dengan manusia. Yang satu taat, yang lagi satu sering lupa. Para malaikat bagaikan tidak percaya bahawa Allah berkehendak menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi. Manusia yang selalu timbulkan huru-hara itu? Jadikan mereka khalifah?

Profesor Dr. Ghassan Taha Yaseen, di dalam kelas Survey of Ancient Civilisations-nya minggu lepas, telah mengetengahkan pendapat beliau tentang permulaan kewujudan manusia di bumi. Di sini dia mahu mengutarakan teori tersebut.

Hari itu, perbincangan mereka mengenai zaman pre-history. Tentang "manusia" Neanderthal (Homo neanderthalensis), Homo heidelbergensis, dan semua makhluk seumpamanya. Ahli-ahli arkeologi memang ada menjumpai sisa-sisa tulang makhluk yang menyerupai manusia, tetapi tidak boleh juga digelar manusia (maksudnya bukan Homo sapiens, "manusia moden") kerana perbezaan anatomi yang terlalu ketara antara manusia dengan "mereka". Malah, sudah ada golongan pakar dari Jerman dan AS yang menguji DNA makhluk-makhluk ini. Ternyata tidak sama dengan DNA kita, manusia.

Charles Darwin merumuskan, ini semua bukti bahawa manusia dahulunya berasal daripada pelbagai variasi spesies beruk yang bertukar sedikit demi sedikit...sampailah semuanya menjadi manusia Homo sapiens yang sempurna. Teori ini melawan logik, bahkan bertentangan dengan bukti yang kita yakini daripada wahyu. Pegangan kita, manusia semuanya berasal daripada Nabi Adam AS.

Prof. Ghassan kata, Nabi Adam AS hidup sekitar tahun 40,000 hingga 30,000 BC. Pandangannya ini berasaskan penemuan tulang jenis Homo sapiens yang pertama. Ujian carbon dating menunjukkan bahawa manusia seperti kita wujud pada zaman Paleolitik (zaman batu) Akhir. Adapun tulang-tulang yang berusia lebih tua daripada itu, bukanlah daripada jenis manusia. Mesti anda fikir: Maknanya Prof. Ghassan setuju ada "manusia awal" yang wujud sebelum Homo sapiens?

Tepat sekali. Tapi! Makhluk-makhluk tersebut bukanlah manusia awal, bukanlah nenek moyang anda atau dia, bukanlah asal-usul keturunan kita, dan tiada apa-apa kaitan langsung dengan spesies Adam AS dan keturunannya. Homo erectus, H. neanderthalensis, H. heidelbergensis, semua itu makhluk Allah yang kelihatan seperti manusia, tapi bukan manusia. Haiwanlah maksudnya. Macam zirafah, kucing, gajah, musang. Cuma rupanya seakan-akan manusia.

Prof. Ghassan kata lagi, pada pendapatnya, inilah maksud di sebalik kehairanan para malaikat seperti yang dapat kita rasakan daripada ayat di atas. Makhluk-makhluk ini mempunyai tabiat haiwan perosak -- sering berbunuhan lagi destructive in nature. Rupa mereka pula seakan-akan manusia. Sebab itulah, apabila Allah mengkhabarkan penciptaan manusia dan pelantikan mereka sebagai khalifah bumi, semua malaikat hairan. Takkanlah makhluk yang itu yang mahu dijadikan pentadbir? Dalam kata lain, para malaikat sudah maklum akan kewujudan haiwan-haiwan seperti manusia itu, dan menyangka bahawa makhluk-makhluk itulah yang bakal dijadikan khulafa' Allah di bumi...sedangkan hakikatnya, Allah akan mencipta makhluk yang belum pernah wujud sebelum itu.

Harap faham, ini cuma pendapat daripada ahli sejarah berdasarkan bukti arkeologi yang ada di depan mata. 

Dia tahu, lazimnya ayat 30 surah al-Baqarah ini akan difahami dalam konteks "malaikat tahu bahawa spesies anak Adam bersifat suka merosakkan", dan inilah kali pertama dia melihat ayat ini dari sudut "malaikat menyangka bahawa Allah akan melantik sejenis haiwan (yang sudahpun wujud sebelum kejadian Adam AS) yang hampir serupa dengan manusia untuk menjadi khalifah". Walau apapun, pada pendapat peribadi dia, kedua-dua konteks tersebut boleh memungkinkan reaksi ini:

"Apakah Kau akan mendatangkan pentadbir bumi daripada makhluk-makhluk yang membuat kerosakan di atasnya, dan menumpahkan darah, sedangkan kami berterusan bertasbih memujiMu dan menyebut-nyebut kesucianMu?"

Akhir kata, hendaklah kita sentiasa menghayati peringatan Allah kepada kita:

"Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui segala apa yang kalian tidak tahu."

Makna "preoccupied", "absorbed", atau "engrossed"

0 comments
Habis sudah satu minggu di universiti untuk semester satu tahun ini. Minggu lalu, baru tiga hari kuliah dimulakan, tugasan yang diberi oleh para pensyarah sudah macam bertali arus. Tiba-tiba saja macam-macam kertas bersusun di atas meja di bilik. Semalaman bahan rujukan dari perpustakaan ditelaah, esok pagi (atau tengahari) dia sudah perlu mencari bahan baharu. Tak pernah cukup pulak tu. Dari petang ke malam seterusnya, redah pula rujukan lain...kemudian ingatkan diri sendiri untuk cari lagi di esok hari! Kadang-kadang, cari sekali sudah jumpa. Ada masanya, cari berhari-hari pun belum bertemu bahan yang dihajati. Bukannya pelik. Nama pun pencari ilmu.

Dia pula sebenarnya, selepas tiga bulan bercuti, sudah tak sabar-sabar lagi untuk memainkan semula watak pelajar teruja. Bila sampai masanya untuk melakonkan watak, tanpa sedar, terus saja dia menjadi watak tersebut. Beza antara mahu dan perlu sudah hilang. Dia perlu belajar; dia mahu belajar -- sama sahaja.

Kebanyakan tugasan semester ini, tugasan perseorangan. No complaints here (I work best when I work alone). Cabarannya ialah, dia sedang menuntut ilmu daripada dua bidang yang berlainan: Sejarah & Tamadun serta Komunikasi. Tiap-tiap petang dan malam, setelah beberapa jam menghadap kerja sejarah (heavy reading, reflection and analysis, writing writing writing, ancient map searching and drafting), dia perlu mentally switch off the History student di dalam diri dan beralih kepada Communication student mode. Bacaan tetap banyak (walaupun tak seberat bacaan untuk sejarah), tapi ada konsep-konsep yang tiada dalam pengajian sejarah, past research and experiments, short research projects, etc. Pendek kata, both fields are not on the same wavelength.

The plain truth is, I have workaholic tendencies. And I hate submitting substandard work. So it's very easy to become so engrossed in my work until I forget anything else exists. I would be buried deep in 5000 B.C. or in nonverbal cues, and suddenly it's 2:30 am. Suddenly it's time for Interpersonal Communication class and I've forgotten lunch (or the material-finding work in the library simply has taken longer than I'd expected and there was no way for me to have both lunch and gather enough research material). Suddenly it's nearly Maghrib and I still am at the library. But on the plus side...I lose myself in work....and suddenly the work is done, or almost done!

Maaf, tertukar-tukar bahasa.

Ada masanya, kesibukan dengan pelajaran, atau apa-apa kerja yang sedang dia selesaikan, boleh mendatangkan kesan yang tak terduga. Contoh cerita:

Lebih seminggu yang lalu, kak Fatimah Mujahid ada beritahu dia tentang lecture Prof. Tariq Ramadan di UIA. Hari Selasa 13 Julai, pagi sampai tengahari. Free admission. Bunyi macam peluang sekali seumur hidup, bukan? Dipendekkan cerita, dia meng-e-mel penganjur untuk mendaftar, kerana kalau diikutkan, pendaftaran sudah ditutup "due to overwhelming response". Dia pun beritahulah penganjur, kalau ada lagi tempat kosong, dengan sukacitanya dia mahu menyertai audience Prof. Tariq. Tapi dalam masa yang sama, hati berbelah-bahagi...kerana pada pagi yang sama, dia ada kelas (semester baru mula). If there's one thing you should know about me, it's that I hate missing any class; but I really, really hate missing the first class of any course (at the beginning of the new term). Really hate. Tapi e-mel jugalah. Kalau dapat peluang, dapatlah dengar buah fikiran Prof. Tariq first hand.

Walaupun begitu, hati sibuk berdoa. Ya Allah I hate hate hate missing first classes but this lecture sounds good, too, so help me choose between the two. Menurut jadual, pagi Selasa itu, kelas (pertama) Survey of Ancient Civilisations dan History of Malaysia I. Dua kelas, bayangkan! On the other hand, kak Fatimah kata, kalau dapat pergi lecture tersebut, sudi-sudilah berkongsi apa-apa yang ditimba nanti dengannya. Kak Fatimah di Darul Quran, sibuk dengan sambutan pelajar baharu, memang tak berkesempatan untuk datang. 

Allah Maha tahu. Isnin itu, dia menerima tugasan (yes I know. First day, assignments already?) yang boleh tahan banyak daripada Sir Nerawi (Interpersonal Communication). Disebabkan terlalu leka, asyik dan seronok memulakan tugasan, malam itu dia tidak memeriksa peti surat e-mel. I always check my inbox. Always. At least once a day. Tapi malam itu, dengan izin Allah dia tak buka pun. Walaupun YM beritahu, ada surat dalam peti. Dan lecture khas tersebut, pagi esoknya. Malam itu dia lena sambil memegang bahan rujukan untuk project paper.

Rabu petang dia jenguk inbox. Hmph. Bagai terhenti jantung. Ada e-mel daripada penganjur talk tersebut (IRF), dengan attachment berikut:

 Bila tengok tiket ini, rasa sakit saja hati.

I was devastated! I was speechless. Dalam otak pun, tiada kata yang mampu menyifatkan perasaan di waktu itu. Semua kosa kata berserabut dalam kepala. Setelah berminit-minit berfikir dan menimbang-nimbang keadaan, barulah dia dapat menerima hakikat bahawa takdir Allah telah menetapkan dia untuk hadir di kelas sejarah, bukan ceramah Prof. Tariq.

Kak Fatimah, dia minta maaf. Mungkin satu hari nanti kita dapat menyaksikan ucapan Prof. Tariq Ramadan secara live di tempat lain, di masa lain? Dia pun tak tahu. 

Hadha min fadhli Rabbi. "I hate missing first classes, remember?" Kata dia pada diri sendiri.

Kemudian dia pun gembira kembali, macam selalu.

Pengajarannya, terimalah hakikat bahawa kita takkan mampu membuat semua benda. Kita hanya boleh berada di satu tempat pada satu-satu masa. Yang penting, apa yang kita sempat dan mampu buat, lakukanlah dengan sebaik-baiknya. Standard mesti tinggi, kerja mesti berkualiti.

Selamat menuntut ilmu!

Yang melaporkan,
Dia dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Satu lagi langkah

0 comments
Alhamdulillah. Dia sudah beralih ke tahun dua pengajian. Sudah buat keputusan muktamad, sudah mengisytihar minor dalam Communication.

Status sudah ditukar!

Setelah aktiviti online add-drop berjaya:

Beberapa perkara yang mesti diusahakan mulai sekarang:

1) maintain ketenangan di hati dan perbuatan
2) Ramadhan yang lebih baik
3), 4), dan 5) rujuk nombor 6
6) banyak sebenarnya tapi bukan resam dia untuk bercerita semua >:)
7) hantui perpustakaan universiti
8) GPA dan CGPA yang lebih sejahtera

Huraian subjek-subjek pilihan semester 1, 2010/2011. Bosan, tak perlu baca:

Masih 18.5 jam kredit, sama seperti semester lepas. Bezanya, subjek-subjek Intro HS sudah habis dilalui, subjek minor pula jadi ganti. Interpersonal Communication dan Intercultural Communication.
Subjek major ada tiga, setiap satunya membincangkan zaman dan tempat yang jauh berbeza: 1) Survey of Ancient Civilisations, 2) History of Malaysia I, dan 3) History and Civilisation of Medieval Europe. Time travelling hari-hari. Walaupun hanya tiga, tapi sudah cukup menyibukkan.

Subjek pilihan IRK hanya tinggal dua. Satu untuk sem ini (Introduction to Fiqh) dan bakinya untuk semester depan (Introduction to Usul al-Fiqh). Kalau mahu ambil Intro to Usul al-Fiqh, wajib lepas Intro to Fiqh dahulu, jadi tak boleh ambil kedua-duanya sekaligus dalam satu semester. Ada sahaja subjek lain yang boleh, macam Islamic Ethics, Aqidah, etcetera tapi macam *clears throat* tak berapa minatlah.

Tiap-tiap Sabtu pagi sampai tengahari, kelas bahasa Perancis.

Mulai semester yang selepas ini nanti dia sudah perlu daftar paling kurang 21.5 jam kredit sesemester. Hectic lagi hellish.

Sendiri pilih sendiri tanggung.

(Hellish tak mengapa, yang penting bahagia. Hahahehe.) Dia mohon doa daripada semua ya!

Friday, July 23, 2010

Tuesday, July 20, 2010

Thursday, July 8, 2010