I am a student of history (tak habis-habis)

Seronok belajar sejarah. Ada inspirasi, ada pengajaran, ada drama, ada tragedi, ada fakta, ada rahsia, ada manual kehidupan , ada penggunaan banyak bahasa moden dan purba. Dia tidak menyesal memilih bidang ini. Dia tidak mahu berpisah dengan bidang ini sampai mati. Hahahaa. Jangan sesiapa pun berani memisahkan dia daripada mendalami sejarah. Nanti dia akan patah hati, sakit hati, makan hati, kecik hati.

Apabila belajar sejarah, kita akan dapat banyak alasan kukuh untuk mendalami pelbagai bahasa. Kalau dia kata dia mahu mempelajari bahasa Ibrani, pasti orang kata, "untuk apa?" Tapi kalau dia kata yang dia mahu belajar Jewish Studies, itu sudah dikira satu sebab yang baik untuk belajar bahasa Ibrani. Ini contohlah, contoh. Dr. Tang ikhlas mengkritik rancangan dia, "But sister, Jewish Studies is not a very practical field". And since when is History a practical choice? Tengoklah. Sejak sekolah menengah dia sudah mengimpikan bidang tidak praktikal macam ini. Yang lebih pelik itulah lebih menarik.

Macamlah Matematik Tambahan dengan Kimia itu subjek yang praktikal untuk orang macam dia. Half the time during my final year in secondary school, I was spending hours digging up the history of Al-Andalus. And they still insisted I take up Add. Math and Chemistry! Geography would've been a much more useful subject. Di sini dia ingin menasihati semua pembaca: kalau anak-anak anda atau adik-adik anda atau anak-murid anda sudah jelas meminati sesuatu bidang, bagi sajalah mereka dalami bidang tersebut. Lepas itu sokonglah mereka sampai mereka jadi fakih dalam ilmu yang dipilih. Tak kisahlah dia mahu jadi doktorkah, arkitekkah, er jurutera kimiakah, agamawankah. Asalkan berguna.

*          *          *

State the main themes of the blog posts in Dia Berkata. Supplement your answer with evidence from the text.                                                                       [5 marks]

One of the most recurrent themes of www.maryamnabelah.blogspot.com's posts is the demerits of forcing students to study nonessential things they have no interest in, especially those that include numbers...

*          *          *

Er. Bukanlah niat dia untuk menolak bulat-bulat panduan Dr. (Abdul Rahman) Tang. Sampai graduate nanti pun, dia akan tetap ingat kata-kata Dr. Tang apabila dipanggil ke pejabat Academic Advisor itu minggu lalu (ini senarai ringkas):

1) Dia wajib mengekalkan kedudukan dalam Dean's List (Di Darul Quran dahulu, kami tidak kenal sistem senarai Dekan. Bila mendapat keputusan semester pertama di UIAM dahulu, kakak dia beritahu, "Adik dapat (masuk) Dean's List." Kata dia (masih bodoh-bodoh), "Aa?"

2) "YOU GOT A B WITH USTAZ GHANI?!" Yalah, yalah. B. Not even a B+.

3) "I will be monitoring your progress."

Habislah.

Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana Allah masih memberikannya peluang untuk menjadi pelajar Sejarah. Tak cukup dengan itu, pengajian sejarah di sini pula sangat menyeronokkan dan memberi kesan pada hati dan akal. Ini nikmat atau apa?

Hari Isnin dan Rabu, dia belajar History and Civilization of Medieval Europe. Selasa dan Khamis, History of Malaysia I dan Survey of Ancient Civilizations. Semuanya penuh dengan maklumat. Dia pun tak pasti, muatkah semuanya di dalam kepala?

History and Civilization of Medieval Europe, Prof. Dr. Ataullah Bogdan Kopanski

Ini bidang kepakaran Prof. Kopanski, yang tanpa syak lagi seorang pencinta tegar senjata api. Dalam setiap kuliahnya, pasti ada syarahan mengenai senjata api: jenis apa yang paling baik, yang mana kesukaannya, mana yang paling tak bagus, sejarah itu, cara menggunakan ini. Beretta itu, Kalashnikov ini, pelatih SUKSIS UIAM guna Glock kah atau revolver, senjata kaliber apa yang sesuai digunakan oleh wanita, cara mengadun gunpowder, dan serba-serbi cara menembak.

Prof. Kopanski seorang natural teacher. Beliau sering menayangkan filem-filem sejarah supaya kami lebih menghayati kejadian-kejadian yang mungkin membosankan jika dilihat atas kertas. There's nothing like watching a historical movie with guidance from a history professor. Sepanjang tayangan, beliau akan membetulkan mana-mana fakta yang salah serta menceritakan lebih lanjut tentang sebab dan akibat babak-babak tertentu di dalam filem. Beliau ligat mencari jalan untuk menjadikan pembelajaran sejarah lebih indah untuk semua: "For the brothers, we will learn about boys' toys: weapons, and war. For the girls, we have stories of cinta (Medieval Europe has lots of such stories, too)."

History of Malaysia I, Dr. Abdul Ghani Yaakob

Sejarah tanahair! Lebih khusus subject matter sesuatu course itu, maka lebih susahlah. Kalau subjek yang lebih umum (macam Islam in the Malay World contohnya), tidak juga senang, tapi lebih umum, jadi maklumatnya tidaklah sepadat subjek khusus macam History of Malaysia ini. Tengoklah, siap ada episod. History of Malaysia I. Semester depan History of Malaysia II pula. Ini pelajaran penting, tahu? Sejarah negara sendiri.

Survey of Ancient Civilizations, Prof. Dr. Ghasan Taha Yaseen

Bagi dia, subjek inilah yang paling banyak mengandungi intrigue, kerana zaman tamadun-tamadun purba adalah zaman para nabi dan rasul (kecuali Rasulullah SAW). Pelajaran ini sering mengembalikannya kepada peringatan-peringatan Allah di dalam al-Qur'an tentang umat-umat terdahulu yang gemilang tapi kufur. Sejak kecil, selalu sahaja Ayah ceritakan kisah-kisah nabi dan rasul. Dahulu dia bayangkan sahaja latar geografi dan sejarah kisah-kisah itu, tapi hari ini dia sudah boleh melihat sendiri bukti semuanya.

Prof. Ghassan pula selalu mengiringi pengajarannya dengan bukti dan maklumat daripada al-Qur'an dan hadith. Tiap-tiap hari Khamis, beliau akan memberi tazkirah ringkas sebelum memulakan pengajaran. Sebenarnya hari-hari pun memang sudah tabiatnya memberi tazkirah, tapi hari Khamis akan ada beberapa minit khusus untuk beliau mendidik hati-hati para pelajarnya.

Subjek ini juga mengingatkan dia bahawa ilmu kira-kira sangat penting. Tapi aritmetik ringkas sahaja, OKlah juga. Macam 210 BC + 2000 AD = 2210 BP. Bolehlah.

Seperkara lagi

Segelintir orang beranggapan bahawa azam dan usaha seseorang untuk meraih kebaikan (kecemerlangan) dalam bidang akademik adalah perkara yang tidak sebagus usaha-usaha mereka yang "bekerja untuk Islam". Kenapa ya? Belajar ini bukan untuk kebaikan agama dan masyarakatkah?

Ilmu (tak kira ilmu apapun) diperturunkan di kalangan manusia melalui hubungan antara guru dan pelajarnya. Kalau tiada lagi orang yang sanggup menuntut ilmu, hilanglah nanti. Bagaimana kita boleh mimpikan kebangkitan Islam kalau umatnya belum mampu mengatasi tamadun lain?
 
Bukan kenyang pun belajar sejarah. Dia cuma berdoa agar satu hari nanti, apa sahaja ilmu yang ditimba sejak pandai membaca dahulu, dapat diperturunkan dan dimanfaatkan oleh orang lain.

Akhir kata daripada dia, walau apapun kecenderungan masing-masing, kita semua saling memerlukan.

0 comments :: I am a student of history (tak habis-habis)

Sunday, August 8, 2010

No comments: