Terima kasih kerana menerima tawaran IIUM. Lepas ini kalau takdir menemukan kita, bolehlah dia minta bantuan anda di perpustakaan atau HS Cafe atau mana-mana, dengan kata-kata serupa ini (dalam mana-mana bahasa yang sesuai): "Sister/Brother, boleh tak tolong tengokkan barang saya sekejap? Saya nak pergi masjid/Saya ada hal sikit."
Ini pula sedikit panduan untuk anda:
HARI PENDAFTARAN DAN TAARUF WEEK
1) Datanglah awal pada hari pendaftaran. Kalau tidak, kena beratur panjang sebelum sampai giliran anda. Tapi kalau sengaja mahu beratur panjang kerana ingin berkenal-kenalan dengan pelajar lain, suka hatilah.
2) Pastikan dokumen penting semua lengkap dan cukup. Bawa sijil-sijil asal.
3) Lepas kemas-kemas barang keperluan serta berkenalan dengan room-mates anda di mahallah, anda mungkin berasa bosan disebabkan tiada urusan lain. Buatlah apa-apa yang patut. Contohnya:
4) Adalah baik sekiranya anda membawa sekali apa-apa kerja yang boleh tahan demanding untuk diselesaikan sepanjang minggu-minggu pertama di universiti, misalnya kerja majalah semester ke. Supaya anda tidak akan terkejut dengan workload sebenar pelajar degree apabila sudah memulakan kuliah. Ini teknik yang terbukti berkesan.
5) Jangan malu-malu untuk berkawan dengan kawan-kawan baharu (yang sama jantina OK). Satu hari nanti mereka akan menjadi sangat istimewa di hati anda kerana anda telah sama-sama mengenal dunia baharu dengan mereka.
6) Nanti anda perlu menghafal lagu rasmi IIUM.
7) Kepada pelajar-pelajar direct intake: Jangan terkilan kalau nanti pelajar-pelajar dari CFS macam berkelompok sesama mereka sahaja. Biasalah. Orang dah lama bersahabat. Nanti anda berkawanlah dengan mereka.
PANDUAN UJIAN-UJIAN PLACEMENT (Arabic, English, Tilawah, Fundamental Knowledge)
1) Jangan terlalu risau.
2) Jangan terlalu yakin.
3) Jangan berputus harap. Jangan biarkan kertas jawapan kosong.
PANDUAN AWAM BERSOSIAL
1) Jangan membeza-bezakan pelajar Malaysia dengan pelajar bukan Malaysia. Sama saja semua. Dunia ini kan luas, mestilah ada banyak budaya. Walaupun sikap ethnocentrism itu fitrah semua orang, janganlah berlebih-lebih.
2) Jangan segan berinteraksi dengan pelajar luar negara. Mereka juga manusia.
3) Merendah diri itu sikap yang terpuji, tapi jangan sampai rendah self-esteem. Nanti susah nak bawa diri.
4) Jangan pandang rendah pada pelajar bukan Islam kerana mereka bukan Islam dan merupakan gologan minoriti di universiti. Ada saja yang beriman, tapi belum Islam kerana halangan keluarga. Mereka juga pelajar-pelajar yang bagus.
PANDUAN MENGURUSKAN PENGAJIAN
1) Kenalpasti kulliyyah dan department anda seawal mungkin. Kalau ada waktu lapang di minggu pertama, jenguk-jenguklah bangunan kulliyyah. Kalau ada apa-apa urusan nanti (akan ada banyak urusan, percayalah), tak perlulah anda tersesat-sesat mencari tempat.
2) Pastikan apa kriteria yang diperlukan untuk anda lulus masuk ke kulliyyah (EPT, APT). Kemudia apa pula kriteria wajib untuk dibenarkan mengisytihar major dalam pengkhususan yang anda mahu (CGPA dan gred subjek tertentu). Juga apa yang perlu jika mahu menyertai kegiatan ko-kurikulum wajib (paling kurang FKT mesti lulus).
3) Kalau tak tahu atau tak pasti tentang apa-apa, tanya. Tanyalah pelajar-pelajar yang tahu, atau kakitangan di department atau pejabat yang berkenaan, atau pada pensyarah yang sepatutnya.
4) Jika anda masih belum membuat keputusan untuk tetap/tukar kulliyyah atau department (major, minor), kumpul sebanyak mungkin maklumat daripada sesiapa yang berkenaan. Kemudian istikharah, dan buatlah keputusan dengan bijak. Kalau nak tukar kulliyyah, anda mesti mengisi borang di bahagian pentadbiran.
5) Prosedur mendaftar subjek boleh mengundang stres kalau anda tidak bersedia. Apa-apapun yang jadi, jangan gelabah. Carilah jalan penyelesaian, Insha Allah ada. Ingat:
a) Kenalpasti apa subjek yang boleh dan perlu dan mampu anda ambil untuk setiap semester.
b) Rancang jadual kelas dengan teliti. Sediakan back-up plan sekiranya ada subjek yang anda gagal daftar nanti.
c) Pastikan subjek-subjek yang diambil menepati kemampuan anda. Jangan terlampau sedikit, jangan terlampau banyak.
d) Rujuk pada study plan yang kulliyyah sediakan, sebagai panduan asas.
6) Belajar di universiti seronok sebenarnya. Susah sana-sini itu biasalah. Yang penting kemahuan mesti wujud.
7) Anda perlu proaktif (fuhhh). Kalau anda tak faham apa-apa, siapapun takkan tolong melainkan anda sendiri yang menuntut jawapan atau penjelasan.
8) Jangan belajar demi peperiksaan. Bosan kalau begitu.
9) Hormati pensyarah. Jangan risau mereka semua baik-baik. Kalau jumpa, mereka yang terlebih dahulu memberi salam. Tak cukup dengan itu, ditanya pula, "How are you sister Maryam?" atau "Maryam Nabeelah how are you?" atau "How are you Maryam?". Walaupun kita yang nampak mereka lebih awal, tapi tiba-tiba mereka dulu yang menegur. Berhati mulia semuanya. Kalau strict bab markah, tegas hal-ehwal attendance tu, biasalah.
KESIMPULAN
Relax. And welcome.






