2011 C.E.

0 comments
Some things that cross my mind:

1. It doesn't feel like the end of the year because the semester isn't over yet.

2. Tomorrow I can start saying that I'm 23. Actually I already am according to the Hijri calendar. Anyway, the auntie at Haby & Wools (and many other aunties) think I'm still 18 (or younger). But it's not very cute when your students' parents think you're their kids' classmate.

3. I still have two-and-a-half letters to embroider on that bag(-flap) that I started working on at least a year ago. Plus several other projects, either unfinished or not even begun.

4. Donna Tartt's "The Little Friend" has been sitting on my desk since Leila bought it for me at the Big Bad Wolf sale, but I haven't had the chance to read it yet. I did finish the two Alexander McCall Smith novels (that my mother bought), though. They were the best. Alexander McCall Smith has the most relaxing, calming prose ever. Hilarious characters, too.

5. I did the unthinkable: skipped a class to finish an assignment for another class. It was a calculated decision, but I still hate myself for it.

6. I made many wonderful friends this past year -- from the History department, debate events, and JOC. They taught me a lot.

7. So many friends got married. I miss them. I hope they'll be great wives and mothers. I know they will.

8. Stanford J. Shaw (and his wife) made my life difficult. Amazing knowledge, though. Must've spent their lives living the lives of the Ottoman sultans (and subjects) and the early modern Turks.

9. Sometimes on the nights before tests, I come extremely close to giving up ("A, A-, fail, whatever" thoughts), so I give up (let out huge sigh, plunk the books on my face, next to me, wherever) for a few seconds, then I resume revising. Usually while singing along to happy songs ("this is my message to you-oo-oo/Don't worry/about a thing/'cos every little thing/is gonna be all right...") from my laptop.

10.  I've never imagined that we were going to settle down not in the city, but we did. And I'm loving it. But of course, it's not difficult to love Malaysian kampung areas/life. We have to drive a long way for our shopping, but otherwise it's a fabulous life. However, there was one ugly incident: our house was broken in (the burglars took three laptops, some external hard drives, some cash, and a few other stuff -- talk about evil and inconsiderate), which never happened when we lived in KL.

11. For the first time in my life, I picked durians (that had fallen from their trees) from the ground. I will probably get tired of durians sometime in the near future. But alhamdulillah. Fruit trees!

12. The cow dung in the orchard totally brings back memories of school holidays spent at our Parit Bintang (Batu Pahat) kampung -- where me, my sister and our cousins had a fantastic time playing hairdresser and rumah hantu, watching the cows (and other animals), walking to the kedai runcit at the end of the parit together, going to town with Mak Tok, and cooking (I remember doughnuts and Maggi goreng). Now those cousins are married, with kids. How strange.

13. I've made friends with some geese and one extremely pushy cat (with eyes like Taylor Swift's, except she has blue eyes and Kontot has green ones) who swipes at you when you pat her, does not stop mewing until you give her her food (AND she's a very picky eater, too!), and does not know what "giving up" means. If I had an attitude like hers, I would easily score a 4.00 GPA every semester, absolutely. Sometimes I want to scream "what is wrong with you?" in her face but I don't have claws and she does.

14. My exams will start in three days' time. I have an awful lot of revising to do on, among others, post-Independence Malaysia, modern Europe, the Ottoman sultanate, and medieval India. Yes, sometimes I get very tired of all this mental time-travelling, and sometimes I cannot wait to be able to specialise in one period/civilization after this degree.

15. Which reminds me, I had some really nightmarish tests this semester.

What those nightmare looked like (from India under the Sultans and Mughals and Niche Debate V):

7. Subuktigin defeated the Hindu Shahiya ruler _________
a) Jaipal
b) Anandpal
c) Sukhpal
d) Bhimpal

True or False?
8. In an Australasian debate the adjudicators may confer to reach a verdict.

Those questions don't exactly seem difficult, do they? But they're very specific, and I have a problem with specific...when I didn't prepare well.

8. I really must start revising now. Like you, I have a future to prepare for.

May all of our good dreams come true, ameen.

Cara mengulangkaji dengan berkesan di saat akhir

5 comments
Kejayaan (dalam peperiksaan) yang berpunca daripada projek ulang kaji last minute adalah suatu mitos. Betul, ada orang yang cemerlang seolah-olah hanya dengan usahanya mengulangkaji seminggu sebelum exam. Sebenarnya ini cuma satu ilusi. Kejayaan cemerlang adalah akibat usaha yang panjang.

Kenapa ada pelajar yang mengulang kaji di saat-saat akhir? Well boleh guna jawapan peribadi nampaknya: sebab sepanjang tempoh kuliah, masa lapang lebih banyak dihabiskan untuk kerja (macam-macam) dan assignments. Buat assignments tak sama dengan revise/study. Hah let's face it: kalau ada 24 jam masa lapang hari-hari pun belum tentu dia akan ulang kaji sebab dia bukan orang yang tahu cara-cara mengulang kaji pelajaran tiap-tiap hari macam calon PMR.

Cakap sajalah. Dia pun ulang kaji last minute. Sebab itulah dia boleh tulis post ini atas dasar empati.

But! There's a difference between learning and revising at the last minute.

Walau bagaimanapun, memandangkan peperiksaan akhir semester sudah terlampau hampir, buang masa saja bercerita panjang-panjang mengenai "kaedah belajar bukan last minute". Sekarang kita semua (khasnya pelajar UIA) memang berada dalam episod terakhir sebelum exam, jadi apa salahnya kita bincang sedikit tips cemerlang last minute.

#1: Fahamkan

Kalau tak faham pelajaran, memang tak boleh jawab soalan.
(Tapi sewajarnya di peringkat ini, kefahaman tak patut jadi satu masalah.)
Anyways. Kalau anda masih belum faham apa yang diajar di dalam kuliah selama ni, dia cadangkan:

1) Cari buku-buku "primer". Contohnya anda mahu faham subjek India under the Sultans and Mughals. Jangan terus baca buku yang khusus untuk topik "the Delhi Sultanate" atau "the Mughals". Jangan, nanti tertekan. Mulakan dengan buku yang bercerita secara umum lagi ringkas. Contohnya A History of India atau India: A Concise History. Lebih concise lebih bagus.

Biasanya, buku-buku begini akan menghabiskan cerita seluruh course tersebut dalam 10 muka surat atau kurang. Memang tak komprehensif, tapi tujuan membaca buku begini bukannya untuk mencari details, tapi untuk mendapatkan gambaran menyeluruh.

Lebih menggembirakan, setelah habis membaca bahagian yang berkenaan, minda anda akan tertipu lalu berfikir, "Eh aku dah habis baca untuk satu course ni." Lega, bukan? Ini sebenarnya satu cara untuk kita menguasai minda sendiri supaya tak gelabah sebab belum habis study walaupun minggu depan dah nak exam.

By the way. Sepatutnya perkara ni dibuat dalam minggu pertama dan kedua semester, bukan sekarang. Lain kali ingat!

Setelah faham zaman berkenaan secara umum, barulah anda boleh mula membaca buku-buku khusus supaya betul-betul faham semua kejadian yang berlaku dalam tempoh 300-400 tahun terbabit. Haha. Rupanya baca 5-10 muka surat tadi tak cukup. I told you, jalan-jalan pintas dalam belajar adalah suatu mitos.

Memang akan ada banyak perkataan "baca" dalam post ni. Maklumlah, universiti. Bukan playschool.

Ada orang tak suka membaca. Baiklah. Cuba cara ini:

2) Tengok video atau filem yang berkaitan. 
Sebab biasanya menonton lebih mudah daripada membaca. Ada banyak dokumentari sejarah (sila rujuk Youtube untuk sumber percuma), juga filem-filem yang menarik (kesahihan bukan kriteria utama. Yang penting anda dapatkan minat untuk terus belajar walaupun di saat akhir...tapi jangan asyik sangat menonton sampai lupa baca buku). Untuk subjek India under the Sultans and Mughals...entahlah. Jodhaa Akbar mungkin? Tak tahulah.

Ataupun, anda boleh 
3) Baca buku kanak-kanak
...seperti ini:

Ada banyak gambar, jadi mungkin anda akan tak perasan bahawa anda sedang membaca.

Buku kanak-kanak mengandungi lebih banyak unsur keseronokan dan hiburan. Peristiwa sejarah pun tak di-romanticize macam dalam buku orang dewasa:

Ceritakan saja begini. Kan senang.

Satu lagi contoh:

Sekali lagi dia ingatkan, bacaan-bacaan ringan tersebut perlu diikuti dengan bacaan heavy duty. Tak boleh lari.

Maaflah semua contoh diambil dari perspektif pelajar Sejarah.

#2: Ingatkan

Cara mengingat ada banyak. Sila fahami diri sendiri dan bertindak mengikut personaliti anda.

Bagi dia, faham = ingat (biasanya).

Sebab itulah bahagian "Fahamkan" di atas jauh lebih panjang daripada bahagian "Ingatkan" ni. Personally, dia lihat banyak pelajar yang tak berjaya menggunakan saat-saat akhir sebelum peperiksaan dengan berkesan kerana gagal memahami pelajaran, bukan kerana tak mampu mengingat. Atau, mereka memperuntukkan masa yang terlalu sedikit untuk mengingat dan mengulang. Pendek kata, jangan ulang kaji last minute kalau anda tahu anda tak mampu baca dan ingat satu buku teks dalam tempoh 48 jam (atau berapa-berapa jam punlah).

Lagi satu, ulang = ingat. Maknanya mesti baca banyak kali.

Nota juga cara yang baik untuk reinforce ingatan. Buatlah nota yang sesuai dengan diri sendiri.

Oh dan jangan lupa. Ilmu adalah kurniaan Allah. Usahalah semampu mungkin, tapi jangan lupa untuk meminta daripada-Nya dan bertawakkal. Keyakinan datang daripada tawakkal. Try it!

#3: Tahu format soalan peperiksaan

Ada berapa soalan? Ada berapa jam untuk menjawab? Ada berapa markah untuk setiap soalan?
Demikianlah tiga perkara terpenting yang perlu anda tahu sebelum masuk dewan exam. Jangan lupa juga untuk menulis sepantas mungkin. Umumnya, anda takkan punya banyak masa untuk berfikir atau terkejut ("Eh, ada LIMA soalan? Ingatkan empat je?") atau merajuk (sebab soalan susah). Memang persediaan sebelum masuk ke dewan perlu cukup. Tak boleh lama-lama merancang jawapan (5-10 minit sahaja untuk seluruh kertas soalan). Tak ada masa untuk berasa takut, teragak-agak, dan emosi-emosi lain yang tak positif.

#4: Sikap yang cemerlang

Pastikan anda sentiasa gembira. Belajarlah, ulang kajilah, dan jawablah soalan peperiksaan dengan sikap yang upbeat. Tetapkan matlamat untuk memperbaiki prestasi diri sendiri dalam setiap ujian. Dengan cara ini, nescaya anda akan tetap ceria (ataupun sedih, tapi tak lama, mungkin 5 minit saja) walaupun anda tulis jawapan yang tak tepat ataupun langsung tak betul. Kejayaan sebenar dalam ujian kehidupan adalah apabila kita mampu untuk rise above the little things dan sentiasa ingat untuk menuju matlamat hidup yang lebih besar dan abadi.

Exams come, exams go.
Sekian. Semoga bermanfaat.

What's happening to my life?

2 comments
Photobucket

Sedih tapi benar

8 comments
70 : 30 (Losers : losers)

Isnin 11:30 pagi.

Baru sahaja kami mengambil tempat duduk di dalam Speech Lab untuk kelas Media & Muslim Society, Madam Mazni sudah mempersoalkan ketiadaan pelajar lelaki di dalam kelas.

Katanya, susah benar untuk menjumpai golongan lelaki di sekitar kampus. Semakin hari semakin sedikit. Sana-sini perempuan.

Kami ketawa kecil, setuju dengan pemerhatiannya.

"Susahlah nak kahwin eh?" Madam Mazni menyoal, serius.

Kami ketawa kecil lagi. Kerisauannya valid dan bersebab.

5:00 petang.

Dia baru sahaja menaiki teksi untuk ke sekolah. Sambil memandu kereta melepasi bangunan AIKOL, pakcik pemandu teksi bertanya, "Adik belajar di sini ya?"

Jawab dia, "Ye."

"Adik rasa, berapa tahun lagi agaknya Malaysia akan diperintah oleh perempuan?"

Dia jadi blank. Dalam minda hanya tersiar wajah Hillary Clinton, entah kenapa. Tercari-cari pula nama menteri wanita yang berketerampilan di Malaysia. Rasanya belum ada yang sibuk mahu menjadi Perdana Menteri? Dia meminta soalan pakcik diulang.

"Adik rasa, berapa lama lagi Malaysia akan dipimpin oleh orang perempuan? Sepuluh tahun, 20 tahun?"

Dia hairan dengan soalan pakcik tersebut. Risau pun ada. Bukan apa, kadang-kadang, ada pemandu teksi yang gemar menimbulkan isu-isu ilmiah sepanjang perjalanan, padahal hati kita dipenuhi risau, kalau-kalau sampai lambat di tempat yang dituju.

Lagi pula, dia secara peribadi tak setuju jika wanita menjadi pemerintah negara. Pakcik teksi ini penyokong gerakan feminiskah? Ah, malasnya nak berbahas.

Kemudian pakcik berkata tenang, "Bukan apa, pakcik tengok di UIA ni, perempuan jauh lebih banyak daripada lelaki."

Oh. Bukan di UIA saja pakcik.

Dia senyum tawar, setuju.

Sambung pakcik, "Pakcik dah lama di sini, tinggal di Batu 10. Di kampung pakcik tu, perempuan adalah dalam sepuluh orang yang baru masuk universiti. Yang lelaki pula, ada lebih kurang 20, 23 orang...kerja di KFC, stesen minyak..."

Huh. Baru sehari mengikuti semester baharu, sudah perlu risaukan kekurangan lelaki di universiti. Orang lain yang tiada, orang lain yang risau.

*               *               *

Isu ini sudah lama berkisar dalam masyarakat, sejak dia di sekolah menengah lagi. Dahulu, dia tak hairan sangat. Yalah, sangkaan dia, mungkin lelaki lebih mahu bekerja daripada menyambung pelajaran. Tak salah pun. Tapi setelah mendengar nisbah terbaharu pelajar perempuan kepada pelajar lelaki di IPT sekarang, dia seperti tak mampu berpendapat lagi. 70 : 30, kenapa begitu besar jurang di antara kita? Pendidikan universiti bukanlah suatu kewajipan, tapi kalau mahu survive di dekad-dekad yang mendatang, rasanya pendidikan yang tinggi sudah jadi keperluan.

Menteri kata, puncanya kerana lelaki lebih meminati bidang-bidang vokasional. Sampai timbul rancangan untuk mengadakan roadshows bagi menarik golongan lelaki supaya melanjutkan pelajaran di universiti.  Kalau keadaan tak bertambah baik, satu hari nanti, golongan ilmuan banyak yang wanita. Yang bergaji besar pun wanita. Yang menggalas tanggungjawab lelaki pun, wanita. Anda tak kisah?

Soal susah bertemu jodoh juga selalu timbul dalam perbincangan begini. Yalah, lumrahnya, orang expect perempuan yang berijazah untuk berkeluarga dengan lelaki yang juga berijazah. Tapi apabila jumlah lelaki di universiti kurang daripada jumlah wanita, berkecailah expectations orang kebanyakan. Bila ada perempuan yang bernikah dengan lelaki yang "tak setaraf" dengannya, mesti ada yang berbisik-bisik sinis. Kepoh.

Kadang-kadang, dia dan kawan-kawan suka berjenaka akan hal ini. Di sebalik kelucuan, kami runsing. Kerana yang hilang dan hanyut sekarang, lelaki generasi kami!

Biasanya, orang akan merumuskan "nilai" seorang gadis dia saat dia bernikah, iaitu berdasarkan siapa lelaki yang dikahwininya (begitu juga sebaliknya). Kalau suaminya orang terhormat, secara automatik si perempuan akan dipandang hormat oleh orang lain. Soalnya sekarang, nak jumpa lelaki pun susah, apatah lagi yang elok.

Anda perempuan? Bimbang tak jumpa Mr. Right sedangkan makcik-makcik tak habis-habis bertanya? Bagi dia, tak perlu risau. Yakinlah dengan qadha' dan qadr. Jodoh sama saja dengan maut; memang sudah ditetapkan. Lagipun bahagia bukannya ternoktah pada status "berkahwin".

Biarkan saja orang-orang yang gemar bertanya, "Bila nak kahwin?" itu. Soalan lain tiadakah. Mereka macam menyindir, anda tak laku; padahal sebenarnya tak ada lelaki yang mampu "membayar" untuk mendampingi anda. "Duit" tak cukup. Bukannya jual mahal pun. Harga standard.

Kritikan selalu ditujukan untuk si gadis: "Orang perempuan jual mahal sangat." Siapa suruh anda (lelaki)  mimpi untuk bayar harga yang murah-murah saja?

Dia bukan bercakap tentang wang ringgit, harap maklum.

Dalam perkahwinan, kedua-dua pihak perlu membayar nilai pasangannya. Bayar dengan diri dan peribadi masing-masing, supaya tak sia-sia anda memeterai kontrak untuk hidup bersama-sama.

Tapi kalau diri sendiri tak dibangunkan kepada peribadi yang berharga baik, anda mahu bayar dengan apa?

Dan isu ini bukan semata-mata isu "kurang lelaki di universiti" ataupun "orang perempuan sudah susah untuk bertemu jodoh yang sesuai". Pokoknya, banyak lelaki hari ini tak memainkan peranan. Akibatnya, masyarakat hilang keseimbangan. Bagi orang perempuan, realiti ini sangat mengecewakan. Dia ulang: sangat sangat mengecewakan.

Di mana silap kita? Generasi ibu bapa kitakah yang tersalah mendidik anak-anak lelaki sehingga anak-anak perempuan terpaksa mengambil-alih tugas-tugas rijal hari ini? Atau salah orang lelaki sendiri yang enggan mencari kekuatan diri? Atau orang perempuankah punca semua kemerosotan karakter dan akhlak dalam masyarakat?

Hakikatnya golongan lelaki punyai banyak kelebihan berbanding perempuan. Namun hari ini, perempuan yang lebih jauh ke hadapan.

Apa masalah orang lelaki sebenarnya? (Huraikan.)

Beberapa bulan yang lepas, dia pernah melencong ke isu ini dalam sesi mengulang kaji sehari-sebelum-peperiksaan-Intro to Usul Fiqh dengan Hilda. [Mungkin ekoran daripada cerita-cerita kami tentang kisah yang pernah dibawa oleh seorang lagi classmate dalam perbincangan mengenai kelayakan pesalah  dikenakan hukuman qisas.  

Classmate kami ini, seorang sahabat baiknya pernah dipenjara tujuh tahun kerana membunuh suaminya (ditembak ketika tidur) akibat terlalu desperate dengan ketidakgunaan si suami sedangkan keluarga dan masyarakat langsung tidak memberi bantuan. Memang situasi wanita tersebut seperti sudah menyentuh rock bottom; tertindas dan dibiarkan ditindas, tapi perbuatannya dikira membunuh in cold blood, payah untuk dibela. Menembak orang yang sedang tidur! Alhamdulillah ini bukan kes rakyat Malaysia.]

Beginilah apabila lelaki tidak berfungsi: runtuh struktur sosial manusia. Perempuan pun, kalau tak memainkan peranan sebetulnya, pasti menyebabkan kekacauan. Tapi masyarakat lebih terganggu jika yang hilang arah itu sang pemimpin antara dua gender.

Hilda kata, "I feel sorry for us, and I feel sorry for them." Saya kasihankan diri kita (orang perempuan), dan saya kasihankan mereka (lelaki).

Enough said.

Calling all men: Wake up, seriously. Now. Buat malu saja.

*               *                *

Bukan semua lelaki begini, masih ada yang berkualiti. Dieu merci!

27 Ramadhan

1 comments
Azan Maghrib bersahutan dari beberapa buah masjid dan surau sekitar Desa Mahkota/Pekan Bangi.
Orang-orang yang berpuasa pun berbuka.
27 Ramadhan baru bermula.
Seminit dua kemudian, bunyi mercun pula berdesing dan berdentum.

Eeeeeeeeeeeeee........kapow! (mungkin lebih banyak bahan letupan)

Eeeeeeeeeeeeee.........pop. (cubaan tak berapa berjaya)

Serentak dengan bunyi mercun, kedengaran pula suara kanak-kanak menyanyi riang:

TANGGAAAAL TIGA PULUH SATUUUU
BULAN LAPAN LIMA PULUH TUJUUUUUHHH
MERDEKA MERDEKA TETAPLAH MERDEKA
IA PASTI MENJADI SEJARAAAAAHHHHHH

(ulang banyak kali)
...

(Lead singer) MARI KITA SELURUH WARGA NEGARAAAAA
RAMAI-RAMAI MENYAMBUT HARI MERDEKA (disambut dengan sepenuh hati oleh kawan-kawan dan adik-beradiknya, "MERDEKA!")

...dan diulang-ulang lebih kurang sepuluh kali.

Selesai menyanyi, tiba-tiba kampung sunyi sepi kembali.
Mungkin emak-emak mereka memanggil masuk, suruh solat Maghrib.

Jangan biarkan anak anda jadi begini.
Nanti orang kampung kata, "Anak siapa tu?!"

Kelas Tasmi'

0 comments
Tiba-tiba,

Anak murid: [Nada bercakap seolah-olah nak beritakan kebakaran rumah jirannya malam tadi/kematian dua ekor kucingnya/kehilangan barang kemas pusaka] Cikgu! Dalam cerita Transformers yang Dark of the Moon tu kan, tangan Optimus Prime patah!!

Cikgu: So?

Ma raison d'être sur Facebook. Amaran: Karangan panjang.

5 comments
[Anda suka mengharungi lautan perkataan? Silakan, sila]. 

Pernah tak anda baca atau tengok berita, kemudian kata, "Ah. Nampak sangat bohong."
Dia pun, selalu juga.

Kalau anda rakyat Malaysia, tentu anda faham betapa susahnya untuk menerbitkan rasa percaya terhadap media massa, terutama sekali mainstream media (akhbar-akhbar dan stesen-stesen TV utama). Walaupun hari ini, gelaran mainstream media sebenarnya lebih layak dipegang oleh entiti-entiti yang pada suatu ketika lebih dikenali sebagai media alternatif. Akhbar-akhbar online, Youtube, Facebook, newsblogs, bahkan blog-blog peribadi juga menjadi tempat untuk pelbagai pihak menyatakan pendirian mereka tentang semua benda yang boleh diperkatakan -- sekarang, mudah sangat untuk mengakses bahan-bahan berita alternatif. Jadi, lebih ramai yang berpaling tadah kepada media alternatif. Kini, media alternatif hanya alternatif pada nama. Hakikatnya, itulah media utama kita sekarang.

Kami diajar dalam kelas Principles & Practices of Journalism (PPJ), wartawan tak boleh menipu dalam melaporkan berita. Tak boleh menipu dalam proses mendapatkan berita daripada sumber-sumber mereka. Tidak. Boleh. Menipu. Benar, etika boleh dilanggar, tapi wartawan yang profesional takkan menggadaikan kredibilitinya (dan akhbarnya) sendiri dengan menulis cerita yang tidak berasas. Jadi, dari mana datang semua "penipuan" yang selalu kita syaki/sebut-sebut/sumpah-sumpah itu?

Setelah melepasi sesemester kelas PPJ, memahami teori prinsip-prinsip asas dan penting kewartawanan, dia punya jawapan ialah: besar kemungkinan, penipuan-penipuan tersebut timbul daripada sumber-sumber wartawan yang terlibat. Cuba tengok siapa yang di-quote di dalam petikan berita tersebut? Hah. Itulah punca kenyataan yang diragukan. Wartawan boleh mendesak sumbernya dengan soalan-soalan berunsur "I don't believe you", tapi ultimately, mereka hanya boleh menulis apa yang keluar dari mulut sumber. Dia percaya, tak mustahil ada wartawan yang memang menipu atau memutar-belitkan fakta sehingga menjadi penipu, tapi dengar sini semua. Kerja menipu yang ingin diusahakan oleh mana-mana wartawan, walaupun tak mustahil, adalah sangat tidak mudah. Dan kalau berjaya diterbitkan pun penipuan itu, zaman sekarang banyak sistem check-and-balance dalam kalangan masyarakat. Kalau pembaca tak percaya, boleh cari maklumat sendiri. Habis cerita. 

(Tapi sebenarnya yang membuatkan orang marah ialah kadar liputan yang dikawal oleh media utama. Kalau sahih berita yang diterbitkan, ramailah yang menerima kesahihan tersebut. Kalau bohong berita yang diterbitkan, ramai jugalah yang membaca/menonton.) Bagi dia, kalau tak boleh menghalang apa yang sudah bertapak, lebih berkesan kalau kita bangunkan sendiri network berita yang telus. Speaking of unethical media practices, did you watch the Murdoch-British Parliament inquiry? Hahahaa oh my. Sepandai-pandai tupai melompat... Macam tak percaya. Ini termasuk dalam perkara-perkara yang semua orang harap-harapkan, tapi tak sangka akan betul-betul berlaku. Sama dengan kebangkitan rakyat Mesir.

Tengok. Susah untuk wartawan menipu, kan? Kalau diketahui orang ramai, memang takkan diberi belas kasihan.

That said, sebagai warga negara Malaysia, dia masih kurang kepercayaan terhadap apa-apa pun jenis berita.* Mainstream-kah, alternatifkah. Selagi tiada bukti yang meyakinkan, take the news with a pinch of salt. Lebih-lebih lagi yang mengandungi unsur politik dan rebut kuasa. Pernah lihat orang berbicara tentang politik? Yang banyak tentunya cakap, cakap, cakap. Pelikkah kalau banyak fitnah yang tercipta? Politik, walaupun perlu, sangatlah menyesakkan.

I don't dig politics. (Dia tidak -- apa  istilah Melayu untuk "dig"? -- politik)
OR Looking for politics-talk? Look elsewhere.
OR I know politics is necessary, I just don't like it. If I don't like it I make very little effort to understand it unless not knowing about it would be fatal. Same like I know maths/physics/chemistry/whatever is necessary (or else we won't have....I don't know, computer programming? Just throwing words around) but I don't like it all the same.
[What kind of sub-heading was that.]

Tak perlulah harapkan dia untuk bercakap banyak tentang politik. Sesungguhnya ada sangat banyak blog dan laman lain yang boleh mengulas hal-ehwal politik berdasarkan ilmu dan pengetahuan. Kalau dia, banyak sampah saja. Sudahlah jahil, silap-silap emosi pula. Buruknya emosi tanpa hujah. Frankly, I hate geopolitics (and even more so when it comes up in a debate round). Pelajar Sejarah rabun (hampir buta) politik. I know it looks bad.

*Atau mungkin subconscious dia yang sudah terlatih untuk meragui semua maklumat yang diterima. Eh anda pun, kalau sudah membaca pelbagai bahan sejarah, mesti jadi skeptic juga lambat-laun. 

Dia pinjam kata-kata Prof. Kopanski, "We (historians) are the detectives of lies."
Penipuan adalah aktiviti biasa dalam penyimpanan/penulisan sejarah. Pengajarannya, jangan mudah percaya, dan jangan pula mudah melatah apabila menjumpai penipuan. Deal with it. 

Bosankah membaca pengenalan yang panjang tadi? I'm a (written) word person, siapa suruh baca blog ini! [Tahukah anda: sebelum menerbitkan mana-mana blog post, dia akan meng-edit post tersebut sekurang-kurangnya 20 kali? Atau mungkin 30. Biasanya, hanya edit sebaris dua setiap kali buka. Compulsive mungkin.]  
Sebenarnya, tujuan asal post ini adalah untuk menceritakan pengalaman latihan praktikal Journalism on Campus (JOC) dia.

Tajuk sebenar: Journalism on Campus (JOC) lagi!

Sebelum latihan praktikal JOC, ada sesi teori (common sessions), tapi malaslah nak menghurai, sebab apa yang dipelajari di common sessions banyak yang sama dengan kelas PPJ. Jadi dia hanya akan berkongsi kisah practical attachment dua hari JOC. Internship dua hari sahaja, believe it or not.

Sesi-sesi latihan JOC telah berjaya mengkucar-kacirkan semester pendek dia. Habis dua (tiga? Dah lupa) kali Khamis terpaksa ponteng kelas sebab latihan JOC dibuat dari hari Khamis hingga Ahad. Technically, tak ponteng kelas pun, sebab ada excuse letter, tapi rasa rugilah, kelas waktu semester pendek ni, satu sesinya sama dengan dua sesi kelas semester biasa. Kiranya memang banyak perbincangan di dalam kelas yang terpaksa kami lupakan saja kerana perlu menghadiri latihan JOC. Kalau tak ikut semua latihan, tak boleh sertai JOC.  

Menyimpang lagi daripada tajuk asal (pelajaran dan hubungannya dengan hal-hal lain)

Extra-curricular involvements really could jeopardize your studies if you're not careful but if you don't mind compromising your studies then I have nothing more to say to you seriously it's not my business if you enjoy extra-curricular activities more than your studies I have absolutely nothing against that. Maaflah tiba-tiba guna bahasa Inggeris dia pun tak suka bahasa rojak tapi kadang-kadang terguna juga tak pastilah apa sebabnya.  

Dalam menuntut ilmu, masa adalah aset yang paling kita perlukan. Maklumat yang perlu dicari, dinilai, dihadam dan disimpan BANYAK, tapi MASA TERHAD, jadi zalimlah kalau kita mengorbankan masa yang sepatutnya diluangkan untuk mencari ilmu itu untuk perkara lain. Walaupun perkara lain itu juga berfaedah dan turut memberi kita ilmu dan pengalaman. 

Secara peribadi, dia sekarang semakin sensitif terhadap hal ini. Ini tiada kaitan dengan soal aktiviti ko-kurikulum; tapi kerana sebagai pelajar sejarah, dia rasa semakin lama semakin terhimpit dengan waktu. Lagi banyak belajar lagi banyak dia sedar yang dia tak tahu apa-apa. Tapi aktiviti ko-kurikulum juga sangat mustahak -- banyak perkara yang tak boleh kita belajar di dalam kelas. Bagi dia mudah sahaja: anda tahu keadaan diri anda sendiri. Jika rasa mampu dan mahu untuk membuat kerja-kerja tambahan, buat sajalah. Sekali-sekala, nilailah progress diri anda. Kemudian tambah, tolak atau kekalkan apa yang perlu. Macam benda lain juga dalam hidup.

Memang rambang mata kalau consider semua kelab, projek dan persatuan yang ada di UIA. Ditambah pula dengan peluang-peluang pekerjaan part-time yang pasti ada kalau dicari (duit pun ujian. Ada duit ujian, habis duit ujian, cari duit ujian). Pendek kata, takkan habis aktiviti yang boleh dan perlu dibuat...tapi ada benda yang memang tak humanly possible! Life is short, is hectic, is bewildering, is a test. Kita perlu memilih.

Sebab itulah dia percaya, selagi boleh, pilihlah jalan yang boleh menggembirakan anda. Bila lapar, sediakanlah makanan yang anda rasa sedap. Kalau mahu belajar, pilih bidang yang anda suka. Kalau perlu kerja, cari kerja yang anda suka. Bila mencari kawan, carilah yang anda suka. Dan seterusnya. Hidup ini penuh tekanan. Might as well choose to do what you like whenever you have the chance. Kalau tiada pilihan dan terpaksa hidup dengan kerja/orang yang anda tak-berapa-suka, bersyukurlah juga. Apa gunanya merungut? Kesusahan bukannya kekal. Cuba hitung nikmat versus kesyukuran kita. Mesti akaun tak seimbang! Memang takkan seimbang pun. Rumusannya, be happier, be more thankful, look younger! Haha apakah ini.

Anda rasa keliru dan sedikit berserabut membaca post ini? Dia pun.

Lama pula menyimpang. Oho tulis surat malas. Tulis ini melampau.

Kembali kepada tajuk sebenar 

Antara cabaran mengikuti latihan JOC ialah kami perlu berkumpul di main staircase UIA selewat-lewatnya jam tujuh pagi. Memang bunyi macam senang, tapi sebenarnya langsung tak senang kalau mahallah anda jauh dari main staircase. Lepas solat Subuh, siap-siap dan terus keluar mahallah. Kalau mahallah Safiyyah seronoklah, dekat dengan tangga besar. Tapi kalau mahallah anda jauh, pukul tujuh pagi memang dianggap gila.

Pagi-pagi selepas Subuh, beginilah kami, berkumpul di main staircase bangunan Rectory (tangga besar/tangga Firaun dsb):

...lalu kami menunggu bas. 
Dalam perkataan lain, kami siap awal, bas sampai lambat.

Practical attachment ini latihan amali (duh) untuk menjadikan kami wartawan-wartawan kampus yang berguna lagi beretika. Journalistic ethics memang perkara baharu bagi kebanyakan daripada kami (kerana bukan semua dari Department of Communication yang sudah agak lazim dengan prinsip-prinsip etika pengamal media); tapi rupa-rupanya Islamic ethics kami pun diuji apabila menyertai practical attachment di New Straits Times. Kami diletakkan di bawah seliaan wartawan-wartawan pelbagai "desk" di NST. Ketika bertugas bersama mereka, kami dapati ada wartawan-wartawan beragama Islam yang sudah biasa bersalaman dengan orang (biasanya interviewee) yang berlainan jantina.

Memang sulit apabila amalan yang tidak syar'i dijadikan adat. Apabila mentor anda bersalaman dengan the opposite gender ketika bertemu dengan interviewee, anda yang menjadi trainee-nya, sudah tentu dijangka untuk membuat perkara yang sama. Memang awkward! Apapun, yang salah tetap salah. Tak perlu bersikap apologetic kalau pendirian yang kita yakini dipandang rendah/pelik/ditafsir sebagai disrespectful. Jika kita percaya bahawa bersalam dengan orang berlainan jantina bukanlah cara terbaik untuk menghormati mereka, kenapa perlu segan untuk berpegang dengan pendirian tersebut? Tapi jangan pula rasa bangga walaupun kita tahu pendirian kita itu betul. Syukurlah kalau kita diberi kefahaman dan kekuatan untuk berpegang kepada yang hak, tapi kita menyelesaikan khilaf bukan untuk muncul sebagai pemenang (walaupun memang kita betul), sebaliknya kerana kita mahu kebenaran muncul sebagai pemenang yang diakui oleh semua, terutamanya pihak yang pada asalnya tidak nampak kebenaran tersebut. 

Semoga Allah berterusan bersama kita dan memberi kekuatan kepada kita dalam situasi begini.

Selain masalah bersalaman, rasanya pengalaman kami semasa praktikal cukup menyeronokkan dan bermanfaat. Terlalu banyak yang kami pelajari daripada dua hari tersebut (ada yang berpraktikal tiga hari, ada yang empat hari, bergantung kepada desk apa yang ditugaskan kepadanya. Wartawan Life & Times tidak bekerja pada Sabtu dan Ahad, jadi dia hanya perlu praktikal pada hari Khamis dan Jumaat. Sabtu dan Ahad tu terus gila buat assignments dan presentations). Semestinya letih. Tapi seperti biasa, motivasi dia untuk diri sendiri berupa ingatan tehadap cuti panjang yang akan menjelang sejurus selepas semester pendek berakhir. Lagi pula, dia dapat bekerja di bahagian Life & Times, desk rebutan banyak pelajar. Hahaha. Ramai rupanya yang minat menulis artikel berbentuk feature. Jadi bila dah ditugaskan di bahagian tu, bahagialah dia. 

Yang bagusnya, apabila berpraktikal di NST, kami diberi elaun makan. Sehari RM15. Lebih daripada cukup untuk belanja makan sepanjang hari bekerja pagi sampai petang. Sampai saja di NST tiap-tiap pagi, kami melaporkan diri kepada Mr. Balan (kakitangan Layout/Design dan NIE-NST) untuk mendapatkan elaun.

Menunggu diberi elaun makan

Lima belas ringgit yang percuma. 

Kumpulan yang ditugaskan di bahagian Life & Times. Menuju sarapan setelah diberi elaun.

Sarapan dengan Iimaan, Leila dan Atiyyah.

Bahagian Life & Times ialah pullout yang banyak menerbitkan features, bukan hard news. Untuk feature writing, sang penulis diberi lebih kebebasan untuk menyampaikan pendapat peribadi (asalkan relevan dan tak keterlaluan. Apapun yang ditulis wajib terbit daripada kebenaran yang sudah disahkan). Maknanya, features memang banyak bezanya dengan news stories.

Wartawan yang menulis laporan berita bertanggungjawab untuk melaporkan fakta-fakta kejadian sahaja. Kalau ada pendapat pihak-pihak tertentu, mesti disebut siapa yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Sama saja dengan penulisan akademik. Kalau tak cite pengarang asal dalam term papers, dikira plagiat. Kalau wartawan tak sahkan dan nyatakan siapa sumber berita/kenyataan, memang dicop tak boleh dipercayai.

Pembahagian kerja

Kerja yang diamanahkan untuk hari pertama

Mencari angle

Tugasan yang dia dapat pada hari pertama sebenarnya sebuah product review yang mesti ditulis berdasarkan press kits [kenyataan akhbar daripada pengeluar-pengeluar produk. Setiap press kit pula mesti disertai sekeping CD... dalam CD ada soft copy gambar-gambar barang yang nak dipromosi; jadi mudahlah kerja kakitangan layout/design bila mahu tambah gambar dalam layout artikel nanti]. Apa rupa press kits? Sila tengok contoh di sebelah kiri teks.

Tapi uniknya penulisan untuk akhbar, setiap artikel mesti ditulis dari satu (atau lebih) sudut pandangan. Wartawan sebut "angle". Meskipun tujuan sebenar penulisan hanyalah untuk mempromosi minyak wangi. 

Jadi, walaupun arahan yang dihulurkan kelihatan sudah jelas ["Flowers and perfumes....Concentrate on flowers, since these are flowers of major ingredients in respective perfume"], tapi hakikatnya, angle mesti ditentukan sendiri oleh penulis. Sis Syida bagi contoh: "Cleopatra dulu masyhur dengan kecantikannya; dan antara cara yang dia gunakan untuk memperindah diri sendiri adalah dengan menggunakan bunga blablabla (or whatever) sebagai wangian. Tapi wanita hari ni guna..."  Something like that. Maknanya, artikel tersebut mesti dirangkumkan dalam konsep yang tertentu, supaya ada idea utama yang menyatukan cerita sepanjang tulisan kita. Itulah fungsi angle.

 Leila (bertudung merah) dan dua orang wartawan Life & Times NST.
Meja-meja yang jauh di belakang, sebelah kiri tu, kawasan Layout & Design team.

Bukan Microsoft Word.

Ada perfumer yang bagi sample perfume sekali dengan press kit
Lepas tulis artikel, sub-editor kata, kami boleh bawa balik semua press kit
Whee! Free stuff, we like you.

Sudut kerja wartawan Life & Times di news floor

  Gambar news floor lagi.
Waktu pagi, wartawan keluar mencari cerita/berita; jadi banyaklah meja yang kosong.
Lebih kurang jam 4 petang, barulah ramai yang muncul 
(dan mula menulis story masing-masing).

Hari kedua

Hari kedua seronok sebab kerana: (1) dapat buku percuma, dan (2) dapat ikut wartawan pergi temu ramah orang. Penerbit buku selalu hantar buku-buku terbaharu kepada akhbar untuk tujuan review. Setelah di-review, buku-buku terbabit sudah tak diperlukan lagi oleh NST. Kebetulan Jumaat tu ada buku yang sudah di-review. Sue (editor Life & Times) pun bagilah buku-buku tersebut kepada trainees yang ditempatkan paling dekat dengan mejanya...Leila dan Maryam. Malangnya, buku-buku yang diberi bukanlah daripada genre yang Maryam suka.

Free books, we love you.

Okay not the four of you.
Other free books, we love you.
Say no to fantasy books (especially those with themes like "finding and keeping the perfect boyfriend
and doing practically nothing else")

"Drama! Tragedy! Romance!"
Kalau tak percaya, sila baca petikan-petikan pilihan di bawah:

Worse:

Equally as bad:

Cukuplah.

Walau apapun, kami tetap berterima kasih kepada editor yang baik hati bagi buku-buku tersebut kepada kami berdua. Dia pilih dua, Leila pilih dua. Bolehlah tengok serba sedikit apa yang budak-budak zaman sekarang baca.

Semuanya perlu disunting

Masuk saja pejabat pada hari kedua, terus ambil tempat (di meja orang), pasang sendiri komputer/software, dan mula bekerja. Selesaikan apa yang belum selesai semalamnya. Dia sudah menulis artikel tersebut pada hari pertama, jadi cuma perlu di-edit sedikit sebanyak sebelum memaklumkan pada Sis Syida. Kemudian...

Selesai menulis, dia (terpaksa) tengok sub-editor edit tulisan dia baris demi baris.
Saat-saat mendebarkan.

Akhirnya, artikel yang siap pun dicetak. Sis Syida suruh letak satu salinan di dalam sebuah fail khas, dan maklumkan pada Editor bahawa tulisan tersebut sudah siap.
Kata Sis Syida, "Nanti minggu depan ke, minggu depan lagi ke, keluarlah (dalam akhbar)."

Memang keluar pun.
Semua kami yang bekerja di Life & Times dapat melihat hasil kerja kami tersiar di muka akhbar.
Alhamdulillah, kerana tulisan kami dianggap cukup baik untuk disiarkan. Tapi perasaan gembira tu takkan dapat menandingi kegembiraan yang kita rasa apabila menjumpai sepasang kasut yang cantik, berkualiti dan tak mahal. Tak dapat juga mengatasi ketenangan yang kita rasa apabila keputusan Bahasa Melayu Lanjutan tidak terlampau teruk!

Hasil dua hari

Kiri: Hard copy artikel yang sudah siap.                              Atas: Bentuk akhir artikel di dalam akhbar.                       Menulis tentang minyak wangi? Sejujurnya, memang bukan topik yang paling menarik bagi dia. Tak membosankan, tapi tak cukup menarik. Jawab esei sejarah lagi mencabar hahahaha. [Dalam kalangan kami berenam yang berpraktikal di meja Life & Times, Leila pilih untuk tulis review jam tangan, dua orang (Mizah dan Nazriq) lagi awal-awal sudah menerkam bahagian Travel; dua lagi, Khaira dan Meor, ditugaskan menulis untuk bahagian Entertainment]. Tapi, seperti kata Editor Life & Times semasa pembahagian tugas, "I don't think you have a choice (anyways)!" 
Inilah yang dinamakan kerja. Take it or leave it.

Tengok orang temu bual orang

Perkara menarik kedua bagi dia: interviewing an interviewee. Eleh macamlah tak pernah buat. Tapi kali ini berbeza, sebab pergi dengan wartawan sebenar dan perhatikan cara-cara dia mengendalikan sesi temu bual. Petang Jumaat itu, dia dan Sis Syida menaiki teksi ke KL Convention Centre untuk bertemu dengan Prof. Angus W.G. Walls, seorang pakar pergigian dari UK. Beliau pernah datang ke Malaysia sebelum ini, dan kali ini beliau ke Malaysia untuk bercakap di sebuah seminar yang dihadiri oleh...doktor-doktor gigi. Rupa-rupanya Prof. Walls pakar rawatan pergigian untuk warga emas.

Dialog mereka banyak menyentuh hal-ehwal gigi palsu

Waktu ini, jurugambar belum sampai

Profesor Walls melakarkan gambar gigi palsu (cara gigi palsu dipasang).

Inilah untungnya menjadi wartawan: tiap-tiap hari, ada saja perkara dan ilmu baharu
yang perlu difahami [dan kemudiannya harus diterangkan kepada pembaca].
Kata Profesor Walls, ketika diberitahu bahawa beliau akan ke Malaysia, anak lelakinya (dan teman wanita anaknya) berpesan agar beliau membelikan sepasang jam tangan tiruan untuk mereka. Kami cadangkan Petaling Street, dan kami sarankan supaya beliau tanya dahulu semua kedai, baru beli. Dan jangan lupa untuk menawarkan harga yang lebih murah. Contohnya minta kurang separuh harga terus, senang cerita.

Rupa-rupanya, beliau sudah berpengalaman membeli barang di tempat-tempat sebegitu di Malaysia.
Tak perlu risau.
Melawat Belgium beli coklat. Melawat Malaysia cari jam tangan tiruan.
Hasil temu bual tersebut, Syida Lizta tulis artikel ini.

[Sedikit catatan tentang buku catatan]:

Buku catatan yang digunakan oleh setiap wartawan kumpulan NSTP.
Kami pun diberi senaskhah seorang.

Ini buku penting. Setiap wartawan dikehendaki menyimpan setiap naskhah Reporters' Note Book mereka sehingga lebih kurang tujuh bulan (kalau tak silap); takut-takut ada cerita/fakta yang perlu disemak kalau timbul kes mahkamah berkenaan cerita tersebut, dsb. Contohnya, kalau seseorang yang pernah ditemu bual menafikan kenyataan itu dan ini sedangkan memang dia pernah berkata itu dan ini, maka wartawan yang terlibat bolehlah membuktikan penipuan tu dengan merujuk kembali buku nota kuningnya.

Selesai temu bual, Sis Syida balik rumah, dan dia pulang ke NST (singgah beli roti di KLCC dahulu). Di news floor, hampir semua orang sudah habis tugasan masing-masing. Kami cuma mahu berkumpul untuk berjumpa dengan Mr. Balan sebelum pulang ke UIA.

Balik ramai-ramai naik LRT.

Jalan raya pun dah mula sibuk. Rush hour di Kuala Lumpur.

Oh ya. Ini cuma pengalaman seorang ahli pasukan editorial. Brothers dan sisters yang menyertai kumpulan Layout/Design, Ad/Sales dan Photography tentu berbeza pengalaman mereka. Apa yang penting, kami sudah seperti satu keluarga walaupun belum terbitkan lagi senaskhah akhbar.

Panjang begini cukup kot.

Kalau anda sudah sampai ke baris ini tanpa membuat-buat tak nampak perenggan-perenggan dan gambar-gambar di atas, anda memang tegar! Terima kasih kerana membaca. Selamat berpuasa.

Semuanya serentak

2 comments
 Buat kali pertama setelah dua tahun, dia takkan ada kelas jam 8:30 pagi. Yang paling awal pun mula pukul 10.

Dia hanya akan kekalkan 18.5 jam kredit/semester, seperti biasa. 
Sekarang ada lebih satu subjek. Belum tahu nak gugurkan yang mana satu. 
Yang penting memang nak buang satu.
Lagipun, mak pernah kata, "Buat apa amek banyak-banyak sangat?  
(You won't have a life if you do)"
Penasihat akademik Jabatan Sejarah kata, "Jangan amek banyak-banyak. 
Takut tak boleh maintain results."
Kesimpulannya, cukuplah dengan 18.5 jam kredit. 
 
Banyak kelas yang sama waktu dengan kelas tasmi' di Al-Amin. Dua-dua kelas penting.
Semoga Prof. Kopanski (Ayyubids & Mamluks dan Modern Europe) mengalihkan kelas-kelas petangnya ke waktu malam, [kecuali malam Khamis. 
Khamis malam (dan lazimnya several weekends juga) adalah untuk kelas debate].

Memang ada pilihan-pilihan lain yang masanya tak serentak dengan waktu mengajar...

 ...tapi kebanyakannya tak sesuai untuk diambil SEKARANG.

Contohnya, takkanlah nak ambil Islah & Tajdid Movements in the Muslim World (HIST 3410) kalau belum belajar Ayyubids & Mamluks dengan Osmanli History?
Tak tertiblah. Serupa dengan budak-budak yang menghafaz surah-surah al-Quran walaupun belum mengenal huruf-huruf hija'iyyah. Memang tak salah dan memang dia boleh ingat, tapi kalau ada apa-apa kesilapan, dia takkan boleh betulkan sendiri, sebab tiada ilmu asas untuk merujuk kembali sumber-sumber yang sepatutnya.
Maknanya, memang perlu belajar subjek-subjek tersebut (Ayyubids & Mamluks, Osmanli) pada semester hadapan juga. Tak boleh tangguh.
Tapi dia masih perlu melapangkan waktu petang.

Kesimpulannya, semoga Prof. Kopanski mengalihkan kelas-kelasnya ke waktu malam! 

Walau apapun, kebebasan untuk menyusun sendiri jadual kelas harian adalah 
sesuatu yang sangat dia hargai.

For the next two months,

0 comments
say see you later to:
lectures, assignments, academic books, term papers, presentations, exams,
and everything related to the word semester.

It's the break, everyone!

Berehat sebentar daripada kerja-kerja yang disiapkan untuk mendapatkan markah.

Alhamdulillah, selesai juga semester pendek. Tujuh minggu yang betul-betul menyesakkan.

Di kesempatan ini, dia ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada kawan-kawan di Darul Quran kerana pengalaman bersama anda sangat banyak manfaatnya untuk dia hari ini. Banyak kegiatan yang kita lazimi pada zaman diploma dahulu yang berguna sekarang. Contohnya, aktiviti merakam video (secara terang-terangan mahupun rahsia), mengedit video (Kak Fi you are the best), study maut (no sleep? no problem!), menguruskan stres, menguruskan kerja-kerja berkumpulan (banyak orang banyak perangai -- tak kiralah serapat manapun kita/anda, mesti ada khilaf sedikit sebanyak), dan lain-lain.

Kelas Human Relations yang menarik dan meriah.

Guru Tilawah (Ustazah Fadzilah Ahmed. Baik. Siapa belum ambil Tilawah boleh daftar untuk sections yang Ustazah Fadzilah ajar) yang sangat pandai mengajar.

Kelas Bahasa Melayu yang menyeronokkan.

Demanding presentations.

JOC weekends.

Etc, etc.

By the way, peperiksaan akhir Bahasa Melayu Lanjutan macam mimpi ngeri.
(Huraikan aspek koherensi ayat 8 dan 9 daripada petikan.)

Percayalah, i'rab bahasa Arab lagi senang.

(Se)lepas [sinkof hanya boleh digunakan dalam sastera. Tulisan di blog ini bukan sastera] mengambil kursus Bahasa Melayu Lanjutan, hukum-hakam tatabahasa selalu menghantui dia. Maksudnya, more than ever. Memang sebelum ini pun dia takut akan [akan digunakan selepas kata kerja yang berunsur emotif dan mesti diikuti frasa nama yang berkait dengan manusia] kesalahan tatabahasa, tapi sekarang bertambah-tambah pula ketakutan tersebut.

Kenyataan menggembirakan untuk pelajar-pelajar UIA: sekarang kita semua bebas (at least until after Eid). Penuhilah waktu cuti anda dengan perbuatan-perbuatan baik.

And Ramadhan's coming! Semoga diberi lagi kesempatan dan ditambah kesungguhan...

Kalau anda seorang perempuan,

0 comments
(dan menyertai jamaah Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIA),

 ...jangan keluar dari masjid sejurus selepas solat Jumaat selesai.
I made that mistake sometime in my first semester here, and got the shock and fright of my life.
Tak boleh bergerak! Ketiga-tiga sisi masjid dipenuhi orang lelaki.
Kalau anda lelaki, mungkin anda tak perasan pun situasi ini. Dan tak hairan langsung.
Malah, tak pelik pun kalau anda take this situation for granted.

Bila difikir balik, semestinya dia rasa bodoh.
Memang hakikatnya solat Jumaat agenda mingguan yang wajib untuk lelaki.
Sudah tentu orang yang hadir kebanyakannya lelaki!
Nampak sangat tak fikir panjang waktu itu.

So sisters, tunggulah lebih kurang 15 minit sebelum menjejakkan kaki ke luar masjid. 
Takkan lari library dikejar. Lagipun jam 2:30 baru dibuka semula.
Eh tapi kalau anda selesa dengan keadaan begitu, boleh saja terus keluar.
Boleh juga keluar cepat-cepat kalau anda ada teman lelaki yang tolong escort anda sepanjang perjalanan. Maksud dia, teman lelaki yang dibenarkanlah, contohnya adik atau ayah atau suami atau ayah saudara.
Jangan ditemani yang haram, kalau Allah murka nanti anda juga yang susah.

The Friday congregation spilling out after prayers.
 Ini tak banyak. Mungkin kerana sekarang semester pendek; tak ramai yang ada di kampus.

Berhati-hatilah.

*          *          *

Kalau anda seorang lelaki,

...mungkinkah rasa tak selesa begini yang dialami oleh brothers yang menjadi minoriti (ini hanya pengalaman dia. Kalau silap maafkanlah) di dalam kebanyakan  kelas? Sebab inikah anda gemar mendiami kerusi-kerusi di belakang lecture rooms/theatres/apa-apa saja? Tak selesa ek ada banyak perempuan?

Bukan apa, tapi kadang-kadang, kesungguhan mendapatkan ilmu dapat dikesan melalui tempat pilihan anda di dalam kelas. Lebih-lebih lagi kalau hari-hari pun anda duduk di belakang. Lagipun:
 
"Men are (meant to be righteous and kind) guardians of women 
because 
God has favored some more than others and because they (i.e. men) spend out of their wealth."
Translation from here.

Rebutlah tempat paling hadapan. Bukankah itu lebih sesuai dengan status anda? 
Apa yang dibimbangkan sangat?

Why I go to university and other stories

1 comments
Disclaimer: I still dislike Facebook.

First things first:
 
I: We have moved 

Alhamdulillah, urusan memindah barang sudah selesai. Walau bagaimanapun! Kerja mengemas balik barang-barang tersebut memang belum siap.

Untuk pastikan kesahihan mailing address rumah baharu, (mak suruh) dia hantar (sampul) surat kepada alamat baharu.

Kesimpulannya, memang alamat tersebut sahih. 

II: Journalism on Campus (JOC) di UIAM

Dalam kata lain, UIA akan menerbitkan akhbarnya buat kali pertama. Dengan kerjasama penuh New Straits Times. Sebelum ini pioneer project JOC anjuran NST ni dibuat di UiTM. Sekarang giliran kami. Department of Communication (dan para pensyarahnya yang WOW) akan menjadi penasihat sepanjang pembikinan akhbar, tapi pelajar-pelajarlah yang akan membuat kerja itu dan ini. Setelah diiklankan, maka ramailah pelajar (daripada semua kulliyyah) yang berminat mendaftarkan diri.

Pihak NST dah menyusun jentera pembuat suratkhabar kampus ini mirip organisasi pembikinan akhbar-akhbar sebenar. Jadi, ada empat lapangan kerja untuk kami pilih: editorial, layout/design, photojournalism, juga advertising. Dia pilih editorial. Di dalam borang, layout/design jadi pilihan kedua; tapi sebenarnya itu bukan pilihan dia langsung. Yalah, selagi boleh, seharusnya kita mengurangkan mimpi ngeri hidup universiti. Tak usahlah menambahkan bebanan kerja layout/design kepada homework yang sedia ada. Bukanlah tugas editorial tu mudah sangat pun, tapi sekurang-kurangnya, kerja menulis, mengarang ni, waktu menunggu kereta api tergendala pun boleh buat. Tak perlu susah-susah berkomputer melainkan untuk menaip final draft dan seumpamanya (tapi kerja mencari maklumat mesti diselesai awal-awal). Lagi pula, pada dia, antara banyak-banyak kerja yang ada deadline, kerja layout/designlah yang paling mengundang tekanan.

Hati suka dapat peluang dan alasan-alasan baru untuk menulis, tapi sempat juga rasa menyampah bila menerima arahan untuk menjadi sebahagian daripada pengguna facebook dot com. Kalau mahu join JOC mesti join Facebook of course I have a problem with that. Tapi tak sopanlah kalau kita memanjang-manjangkan perasaan tak puas hati sedangkan majoriti pelajar yang meyertai JOC sudah ada di Facebook. Oleh itu dia pun membuka akaun Facebook. Tengah daftar keahlian pun boleh sakit hati dengan Facebook sebab dot com tersebut minta nombor telefon untuk dia dapatkan confirmation code.

Wahwah. Belum apa-apa dah minta nombor telefon.

III: Apa tujuan dia ke universiti?

Sila baca cerita Nisa' dahulu. (Nisa' juga pelajar History & Civilisation di UIA).

Apabila sampai lewat usia remaja, semua orang akan prihatin dengan perancangan masa depan kita. Dia tak terkecuali. Orang yang baru dikenali, kaum keluarga, semua pun mahu tahu. Apa perancangan dia?

(Kanan: Bangunan Human Sciences)

(Kiri: Jabatan Sejarah dan Tamadun yang tak popular, apatah lagi glam. But it's not a problem.)

Dia boleh menipu anda dengan berkata, "Saya mahu jadi sejarawan profesional."

Atau, "Saya akan belajar sampai mendapat gelaran Doktor Falsafah dan kemudian kembali ke UIA sebagai ahli fakulti. Kemudian terus berkhidmat dan membuat apa-apa yang patut sehingga menjadi Profesor Sejarah."

Untuk penipuan yang lebih menyesatkan, dia boleh memberitahu anda, "Saya nak jadi guru sejarah. Bukankah sekarang terlalu ramai guru sejarah yang tidak terlatih dalam bidang sejarah pun? Kalau saya memohon jawatan sebagai guru Sejarah, mesti mudah dapat kerja."

Supaya nampak lebih kreatif, dia boleh kata, "Saya berminat untuk menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik." Konon-konon sesuai dengan ilmu sejarah yang ditimba. Tentu ada yang mengangguk-angguk bersetuju dengan jawapan dia. Kerja stabil, gaji tetap, pilihan bijak.

Ada lagi cara berbohong lain. "Saya saja-saja mahu habiskan empat tahun dan beribu-ribu ringgit dengan mengejar Ijazah Sejarah & Tamadun. Sebenarnya saya nanti mahu jadi pereka setem/penterjemah/pembantu am di klinik haiwan/_______ (boleh isi tempat kosong mengikut citarasa)."

Maklumlah, dia pelajar Sejarah & Tamadun. Gambaran masa hadapan tak sejelas pelajar kejuruteraan, perubatan, perguruan, undang-undang, perakaunan dan lain-lain. Terlalu ramai orang yang berkerut apabila diberitahu dia mengambil bidang Sejarah & Tamadun. Hampir semua bertanya, "Nanti mahu kerja apa?" *Yaaaawwn*.

Secara terus-terang dia khabarkan di sini, dia tidak pernah berniat untuk menghabiskan tiga, empat tahun daripada masa mudanya di peringkat degree sebagai jalan untuk mencapai apa-apa impian kerjaya. Do you really want to know why I chose to go to university? Sejujurnya?

  1. Dia suka belajar. Belajar kadang-kadang membuatkan dia bosan, sakit, sakit hati, susah, susah hati. Tapi dia masih suka.
  2. Di universiti ada banyak guru. Manusia lawan buku dan Google, dah tentu manusia lagi hebat sebagai rujukan. Ada banyak benda yang dia ingin tahu. University just seemed like the best place to be untuk memuaskan curiousity.

Setelah difikirkan berjam-jam lama, nampaknya itu sahaja sebab-sebab yang dapat dia simpulkan.

Bagi dia, bidang pilihan di peringkat ijazah (atau mana-mana peringkat pun) tak semestinya ada kaitan dengan prospek kerjaya. Masuk uni pun bukan Jadi soalan "Nak kerja apa nanti?" yang anda kemukakan itu tidak relevan bagi dia. Maaflah kalau anda tak setuju; mungkin kita hidup dalam dunia berbeza. Cara anda berfikir tak salah pun; cuma itu bukan penyelesaian untuk semua orang.

Tak realistikkah dia? Mimpi indah untuk belajar dan belajar for its own sake, habis bagaimana mahu menyara kehidupan nanti? L'argent, c'est important, budak lima tahun pun tahu. Mungkin satu hari nanti dia perlu menjadi pekerja di mana-mana. Semuanya mungkin, boleh jadi, tidak mustahil. Tapi sekarang, sementara masih berpeluang untuk belajar, dia akan belajar.

Wang penting kerana wang memberi pemegangnya kuasa untuk memilih. Contohnya kalau duit banyak, ibu bapa boleh memilih apa pun jenis pendidikan yang terbaik untuk anak, tak kiralah berapa mahal pun. Dengan duit yang banyak, anda boleh menyewa rumah; tapi dengan duit yang lebih banyak, anda boleh terus membeli sahaja rumah tersebut, tunai. Money money money. Lagipun harga butter dah meningkat; entah-entah, lima tahun akan datang, akan mencecah sepuluh ringgit untuk 250 gram. Mahal gila. Harga pen(a) Pilot G-2 juga sudah naik! Kalau dia tak berduit siapa yang mahu belikan?

Of course dia juga perlu dan mahu duit. Lagi banyak lagi bagus. (Apa kaitan duit dengan belajar Sejarah?) Supaya boleh sambung belajar lagi, bila-bila masa, di mana jua, dalam apa-apa bidang, tanpa perlu bersusah-susah mencari bantuan kewangan daripada masyarakat yang tak menghargai bidang-bidang tak profesional. My kind of life.

Hari ini dia ingin menyeru kepada semua, kalau anda sudah (1) kenal diri sendiri dengan baik, sudah (2) menimbang pilihan-pilihan yang ada dengan realiti hidup anda, sudah (3) pasti akan kesahihan niat, sudah (4) tahu di lapangan manakah yang anda boleh jadi seorang yang bermanfaat dan memberi sumbangan terbaik, sudah (5) yakin dengan kuasa dan bantuan Allah, maka jangan ragu-ragu lagi dengan keputusan yang diambil. Lantaklah apa mereka nak kata.

Sampai kita bertemu lagi.

P.S.: Maaflah banyak sangat ayat tentang duit. Dia cuma nak beritahu, walaupun dia bercita-cita untuk menjadi suri rumah, dia bukanlah terlalu naif sampai mengabaikan soal financial independence. Duh. 

P.P.S.: I would want to earn my own money even if I married a billionaire who can support me and ten other people for five lifetimes.

We are moving

2 comments
from one house to another.

You don't want to die like this

0 comments
Have you read Eugene Onegin (by Aleksandr Pushkin)? Have you watched the movie (Onegin)?
This movie (or the story itself, actually) contains too many heartbreaks I think.

I felt depressed after watching it in last week's History of Russia & Muslim Eurasia class.
I borrowed the novel (I hate translations but I don't understand Russian so what choice did I have?) for some task Dr. Kopanski gave, and got depressed again after reading through some parts of it.
I dread reading through the entire work. Brilliant, no doubt, but very sad. It's one of those stories where nobody really wins.

We watch a lot of violent, gory and bloody scenes in Dr. Kopanski's movie-lectures, but this one here, though not particularly gory, I find most disturbing. Come share some heartbreak here.

[Sorry the video resolution's bad.]

Onegin duels Lensky! from Nabeelah on Vimeo.

At least Tatyana has more sense than Anna Karenina.

Crazy days

0 comments
1) I keep thinking and thinking and thinking and cannot stop,
2) maka kalau sudah sangat penat sekalipun, sangat susah untuk lena,
3) maka malam jadi panjang, siang jadi pendek.
4) Setakat ini, nampaknya kerja subjek communication lebih kurang saja dengan kerja subjek history. Kerja cari maklumat sampai dapat.
5) It's mostly lonely work and I like lonely work so that's one good thing.
6) My part-time job nowadays is looking for people to interview and arranging interview appointments.
7) When was the last time I sat down and read something that isn't studies-related? Even newspapers! Tolonglah. Sekarang ni kalau baca suratkhabar pun, tak boleh nak baca just because I want to read the paper. Mesti baca sambil cari isu apa-apa entah atau cari potential people untuk ditemuramah atau cari maklumat untuk historical research.
8) Speaking of which, I still have years' worth of newspapers to look through at the National Archives. And they don't open on weekends and I have classes Monday to Thursday and 8am to 5pm on Fridays is not enough.
9) Another good thing is, for every group-related work I get this semester, I get great team-mates.
10) I don't understand how people can participate actively in clubs, etc and still manage to stay sane. I only have my coursework, itupun sudah cukup memenuhkan fikiran dan jadual.

I can't wait for the end-of-sem exams to come sebab kalau dah sampai waktu exam, maksudnya semua serabut-serabut yang disebutkan di atas sudah diselesaikan, dengan izin dan kehendak Allah.

Friday, December 30, 2011

Sunday, December 18, 2011

Monday, September 12, 2011

Saturday, September 3, 2011

27 Ramadhan

Azan Maghrib bersahutan dari beberapa buah masjid dan surau sekitar Desa Mahkota/Pekan Bangi.
Orang-orang yang berpuasa pun berbuka.
27 Ramadhan baru bermula.
Seminit dua kemudian, bunyi mercun pula berdesing dan berdentum.

Eeeeeeeeeeeeee........kapow! (mungkin lebih banyak bahan letupan)

Eeeeeeeeeeeeee.........pop. (cubaan tak berapa berjaya)

Serentak dengan bunyi mercun, kedengaran pula suara kanak-kanak menyanyi riang:

TANGGAAAAL TIGA PULUH SATUUUU
BULAN LAPAN LIMA PULUH TUJUUUUUHHH
MERDEKA MERDEKA TETAPLAH MERDEKA
IA PASTI MENJADI SEJARAAAAAHHHHHH

(ulang banyak kali)
...

(Lead singer) MARI KITA SELURUH WARGA NEGARAAAAA
RAMAI-RAMAI MENYAMBUT HARI MERDEKA (disambut dengan sepenuh hati oleh kawan-kawan dan adik-beradiknya, "MERDEKA!")

...dan diulang-ulang lebih kurang sepuluh kali.

Selesai menyanyi, tiba-tiba kampung sunyi sepi kembali.
Mungkin emak-emak mereka memanggil masuk, suruh solat Maghrib.

Jangan biarkan anak anda jadi begini.
Nanti orang kampung kata, "Anak siapa tu?!"

Sunday, August 21, 2011

Kelas Tasmi'

Tiba-tiba,

Anak murid: [Nada bercakap seolah-olah nak beritakan kebakaran rumah jirannya malam tadi/kematian dua ekor kucingnya/kehilangan barang kemas pusaka] Cikgu! Dalam cerita Transformers yang Dark of the Moon tu kan, tangan Optimus Prime patah!!

Cikgu: So?

Saturday, August 13, 2011

Monday, August 8, 2011

Semuanya serentak

 Buat kali pertama setelah dua tahun, dia takkan ada kelas jam 8:30 pagi. Yang paling awal pun mula pukul 10.

Dia hanya akan kekalkan 18.5 jam kredit/semester, seperti biasa. 
Sekarang ada lebih satu subjek. Belum tahu nak gugurkan yang mana satu. 
Yang penting memang nak buang satu.
Lagipun, mak pernah kata, "Buat apa amek banyak-banyak sangat?  
(You won't have a life if you do)"
Penasihat akademik Jabatan Sejarah kata, "Jangan amek banyak-banyak. 
Takut tak boleh maintain results."
Kesimpulannya, cukuplah dengan 18.5 jam kredit. 
 
Banyak kelas yang sama waktu dengan kelas tasmi' di Al-Amin. Dua-dua kelas penting.
Semoga Prof. Kopanski (Ayyubids & Mamluks dan Modern Europe) mengalihkan kelas-kelas petangnya ke waktu malam, [kecuali malam Khamis. 
Khamis malam (dan lazimnya several weekends juga) adalah untuk kelas debate].

Memang ada pilihan-pilihan lain yang masanya tak serentak dengan waktu mengajar...

 ...tapi kebanyakannya tak sesuai untuk diambil SEKARANG.

Contohnya, takkanlah nak ambil Islah & Tajdid Movements in the Muslim World (HIST 3410) kalau belum belajar Ayyubids & Mamluks dengan Osmanli History?
Tak tertiblah. Serupa dengan budak-budak yang menghafaz surah-surah al-Quran walaupun belum mengenal huruf-huruf hija'iyyah. Memang tak salah dan memang dia boleh ingat, tapi kalau ada apa-apa kesilapan, dia takkan boleh betulkan sendiri, sebab tiada ilmu asas untuk merujuk kembali sumber-sumber yang sepatutnya.
Maknanya, memang perlu belajar subjek-subjek tersebut (Ayyubids & Mamluks, Osmanli) pada semester hadapan juga. Tak boleh tangguh.
Tapi dia masih perlu melapangkan waktu petang.

Kesimpulannya, semoga Prof. Kopanski mengalihkan kelas-kelasnya ke waktu malam! 

Walau apapun, kebebasan untuk menyusun sendiri jadual kelas harian adalah 
sesuatu yang sangat dia hargai.

Tuesday, July 5, 2011

For the next two months,

say see you later to:
lectures, assignments, academic books, term papers, presentations, exams,
and everything related to the word semester.

It's the break, everyone!

Berehat sebentar daripada kerja-kerja yang disiapkan untuk mendapatkan markah.

Alhamdulillah, selesai juga semester pendek. Tujuh minggu yang betul-betul menyesakkan.

Di kesempatan ini, dia ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada kawan-kawan di Darul Quran kerana pengalaman bersama anda sangat banyak manfaatnya untuk dia hari ini. Banyak kegiatan yang kita lazimi pada zaman diploma dahulu yang berguna sekarang. Contohnya, aktiviti merakam video (secara terang-terangan mahupun rahsia), mengedit video (Kak Fi you are the best), study maut (no sleep? no problem!), menguruskan stres, menguruskan kerja-kerja berkumpulan (banyak orang banyak perangai -- tak kiralah serapat manapun kita/anda, mesti ada khilaf sedikit sebanyak), dan lain-lain.

Kelas Human Relations yang menarik dan meriah.

Guru Tilawah (Ustazah Fadzilah Ahmed. Baik. Siapa belum ambil Tilawah boleh daftar untuk sections yang Ustazah Fadzilah ajar) yang sangat pandai mengajar.

Kelas Bahasa Melayu yang menyeronokkan.

Demanding presentations.

JOC weekends.

Etc, etc.

By the way, peperiksaan akhir Bahasa Melayu Lanjutan macam mimpi ngeri.
(Huraikan aspek koherensi ayat 8 dan 9 daripada petikan.)

Percayalah, i'rab bahasa Arab lagi senang.

(Se)lepas [sinkof hanya boleh digunakan dalam sastera. Tulisan di blog ini bukan sastera] mengambil kursus Bahasa Melayu Lanjutan, hukum-hakam tatabahasa selalu menghantui dia. Maksudnya, more than ever. Memang sebelum ini pun dia takut akan [akan digunakan selepas kata kerja yang berunsur emotif dan mesti diikuti frasa nama yang berkait dengan manusia] kesalahan tatabahasa, tapi sekarang bertambah-tambah pula ketakutan tersebut.

Kenyataan menggembirakan untuk pelajar-pelajar UIA: sekarang kita semua bebas (at least until after Eid). Penuhilah waktu cuti anda dengan perbuatan-perbuatan baik.

And Ramadhan's coming! Semoga diberi lagi kesempatan dan ditambah kesungguhan...

Friday, May 27, 2011

Kalau anda seorang perempuan,

(dan menyertai jamaah Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIA),

 ...jangan keluar dari masjid sejurus selepas solat Jumaat selesai.
I made that mistake sometime in my first semester here, and got the shock and fright of my life.
Tak boleh bergerak! Ketiga-tiga sisi masjid dipenuhi orang lelaki.
Kalau anda lelaki, mungkin anda tak perasan pun situasi ini. Dan tak hairan langsung.
Malah, tak pelik pun kalau anda take this situation for granted.

Bila difikir balik, semestinya dia rasa bodoh.
Memang hakikatnya solat Jumaat agenda mingguan yang wajib untuk lelaki.
Sudah tentu orang yang hadir kebanyakannya lelaki!
Nampak sangat tak fikir panjang waktu itu.

So sisters, tunggulah lebih kurang 15 minit sebelum menjejakkan kaki ke luar masjid. 
Takkan lari library dikejar. Lagipun jam 2:30 baru dibuka semula.
Eh tapi kalau anda selesa dengan keadaan begitu, boleh saja terus keluar.
Boleh juga keluar cepat-cepat kalau anda ada teman lelaki yang tolong escort anda sepanjang perjalanan. Maksud dia, teman lelaki yang dibenarkanlah, contohnya adik atau ayah atau suami atau ayah saudara.
Jangan ditemani yang haram, kalau Allah murka nanti anda juga yang susah.

The Friday congregation spilling out after prayers.
 Ini tak banyak. Mungkin kerana sekarang semester pendek; tak ramai yang ada di kampus.

Berhati-hatilah.

*          *          *

Kalau anda seorang lelaki,

...mungkinkah rasa tak selesa begini yang dialami oleh brothers yang menjadi minoriti (ini hanya pengalaman dia. Kalau silap maafkanlah) di dalam kebanyakan  kelas? Sebab inikah anda gemar mendiami kerusi-kerusi di belakang lecture rooms/theatres/apa-apa saja? Tak selesa ek ada banyak perempuan?

Bukan apa, tapi kadang-kadang, kesungguhan mendapatkan ilmu dapat dikesan melalui tempat pilihan anda di dalam kelas. Lebih-lebih lagi kalau hari-hari pun anda duduk di belakang. Lagipun:
 
"Men are (meant to be righteous and kind) guardians of women 
because 
God has favored some more than others and because they (i.e. men) spend out of their wealth."
Translation from here.

Rebutlah tempat paling hadapan. Bukankah itu lebih sesuai dengan status anda? 
Apa yang dibimbangkan sangat?

Wednesday, May 25, 2011

Why I go to university and other stories

Disclaimer: I still dislike Facebook.

First things first:
 
I: We have moved 

Alhamdulillah, urusan memindah barang sudah selesai. Walau bagaimanapun! Kerja mengemas balik barang-barang tersebut memang belum siap.

Untuk pastikan kesahihan mailing address rumah baharu, (mak suruh) dia hantar (sampul) surat kepada alamat baharu.

Kesimpulannya, memang alamat tersebut sahih. 

II: Journalism on Campus (JOC) di UIAM

Dalam kata lain, UIA akan menerbitkan akhbarnya buat kali pertama. Dengan kerjasama penuh New Straits Times. Sebelum ini pioneer project JOC anjuran NST ni dibuat di UiTM. Sekarang giliran kami. Department of Communication (dan para pensyarahnya yang WOW) akan menjadi penasihat sepanjang pembikinan akhbar, tapi pelajar-pelajarlah yang akan membuat kerja itu dan ini. Setelah diiklankan, maka ramailah pelajar (daripada semua kulliyyah) yang berminat mendaftarkan diri.

Pihak NST dah menyusun jentera pembuat suratkhabar kampus ini mirip organisasi pembikinan akhbar-akhbar sebenar. Jadi, ada empat lapangan kerja untuk kami pilih: editorial, layout/design, photojournalism, juga advertising. Dia pilih editorial. Di dalam borang, layout/design jadi pilihan kedua; tapi sebenarnya itu bukan pilihan dia langsung. Yalah, selagi boleh, seharusnya kita mengurangkan mimpi ngeri hidup universiti. Tak usahlah menambahkan bebanan kerja layout/design kepada homework yang sedia ada. Bukanlah tugas editorial tu mudah sangat pun, tapi sekurang-kurangnya, kerja menulis, mengarang ni, waktu menunggu kereta api tergendala pun boleh buat. Tak perlu susah-susah berkomputer melainkan untuk menaip final draft dan seumpamanya (tapi kerja mencari maklumat mesti diselesai awal-awal). Lagi pula, pada dia, antara banyak-banyak kerja yang ada deadline, kerja layout/designlah yang paling mengundang tekanan.

Hati suka dapat peluang dan alasan-alasan baru untuk menulis, tapi sempat juga rasa menyampah bila menerima arahan untuk menjadi sebahagian daripada pengguna facebook dot com. Kalau mahu join JOC mesti join Facebook of course I have a problem with that. Tapi tak sopanlah kalau kita memanjang-manjangkan perasaan tak puas hati sedangkan majoriti pelajar yang meyertai JOC sudah ada di Facebook. Oleh itu dia pun membuka akaun Facebook. Tengah daftar keahlian pun boleh sakit hati dengan Facebook sebab dot com tersebut minta nombor telefon untuk dia dapatkan confirmation code.

Wahwah. Belum apa-apa dah minta nombor telefon.

III: Apa tujuan dia ke universiti?

Sila baca cerita Nisa' dahulu. (Nisa' juga pelajar History & Civilisation di UIA).

Apabila sampai lewat usia remaja, semua orang akan prihatin dengan perancangan masa depan kita. Dia tak terkecuali. Orang yang baru dikenali, kaum keluarga, semua pun mahu tahu. Apa perancangan dia?

(Kanan: Bangunan Human Sciences)

(Kiri: Jabatan Sejarah dan Tamadun yang tak popular, apatah lagi glam. But it's not a problem.)

Dia boleh menipu anda dengan berkata, "Saya mahu jadi sejarawan profesional."

Atau, "Saya akan belajar sampai mendapat gelaran Doktor Falsafah dan kemudian kembali ke UIA sebagai ahli fakulti. Kemudian terus berkhidmat dan membuat apa-apa yang patut sehingga menjadi Profesor Sejarah."

Untuk penipuan yang lebih menyesatkan, dia boleh memberitahu anda, "Saya nak jadi guru sejarah. Bukankah sekarang terlalu ramai guru sejarah yang tidak terlatih dalam bidang sejarah pun? Kalau saya memohon jawatan sebagai guru Sejarah, mesti mudah dapat kerja."

Supaya nampak lebih kreatif, dia boleh kata, "Saya berminat untuk menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik." Konon-konon sesuai dengan ilmu sejarah yang ditimba. Tentu ada yang mengangguk-angguk bersetuju dengan jawapan dia. Kerja stabil, gaji tetap, pilihan bijak.

Ada lagi cara berbohong lain. "Saya saja-saja mahu habiskan empat tahun dan beribu-ribu ringgit dengan mengejar Ijazah Sejarah & Tamadun. Sebenarnya saya nanti mahu jadi pereka setem/penterjemah/pembantu am di klinik haiwan/_______ (boleh isi tempat kosong mengikut citarasa)."

Maklumlah, dia pelajar Sejarah & Tamadun. Gambaran masa hadapan tak sejelas pelajar kejuruteraan, perubatan, perguruan, undang-undang, perakaunan dan lain-lain. Terlalu ramai orang yang berkerut apabila diberitahu dia mengambil bidang Sejarah & Tamadun. Hampir semua bertanya, "Nanti mahu kerja apa?" *Yaaaawwn*.

Secara terus-terang dia khabarkan di sini, dia tidak pernah berniat untuk menghabiskan tiga, empat tahun daripada masa mudanya di peringkat degree sebagai jalan untuk mencapai apa-apa impian kerjaya. Do you really want to know why I chose to go to university? Sejujurnya?

  1. Dia suka belajar. Belajar kadang-kadang membuatkan dia bosan, sakit, sakit hati, susah, susah hati. Tapi dia masih suka.
  2. Di universiti ada banyak guru. Manusia lawan buku dan Google, dah tentu manusia lagi hebat sebagai rujukan. Ada banyak benda yang dia ingin tahu. University just seemed like the best place to be untuk memuaskan curiousity.

Setelah difikirkan berjam-jam lama, nampaknya itu sahaja sebab-sebab yang dapat dia simpulkan.

Bagi dia, bidang pilihan di peringkat ijazah (atau mana-mana peringkat pun) tak semestinya ada kaitan dengan prospek kerjaya. Masuk uni pun bukan Jadi soalan "Nak kerja apa nanti?" yang anda kemukakan itu tidak relevan bagi dia. Maaflah kalau anda tak setuju; mungkin kita hidup dalam dunia berbeza. Cara anda berfikir tak salah pun; cuma itu bukan penyelesaian untuk semua orang.

Tak realistikkah dia? Mimpi indah untuk belajar dan belajar for its own sake, habis bagaimana mahu menyara kehidupan nanti? L'argent, c'est important, budak lima tahun pun tahu. Mungkin satu hari nanti dia perlu menjadi pekerja di mana-mana. Semuanya mungkin, boleh jadi, tidak mustahil. Tapi sekarang, sementara masih berpeluang untuk belajar, dia akan belajar.

Wang penting kerana wang memberi pemegangnya kuasa untuk memilih. Contohnya kalau duit banyak, ibu bapa boleh memilih apa pun jenis pendidikan yang terbaik untuk anak, tak kiralah berapa mahal pun. Dengan duit yang banyak, anda boleh menyewa rumah; tapi dengan duit yang lebih banyak, anda boleh terus membeli sahaja rumah tersebut, tunai. Money money money. Lagipun harga butter dah meningkat; entah-entah, lima tahun akan datang, akan mencecah sepuluh ringgit untuk 250 gram. Mahal gila. Harga pen(a) Pilot G-2 juga sudah naik! Kalau dia tak berduit siapa yang mahu belikan?

Of course dia juga perlu dan mahu duit. Lagi banyak lagi bagus. (Apa kaitan duit dengan belajar Sejarah?) Supaya boleh sambung belajar lagi, bila-bila masa, di mana jua, dalam apa-apa bidang, tanpa perlu bersusah-susah mencari bantuan kewangan daripada masyarakat yang tak menghargai bidang-bidang tak profesional. My kind of life.

Hari ini dia ingin menyeru kepada semua, kalau anda sudah (1) kenal diri sendiri dengan baik, sudah (2) menimbang pilihan-pilihan yang ada dengan realiti hidup anda, sudah (3) pasti akan kesahihan niat, sudah (4) tahu di lapangan manakah yang anda boleh jadi seorang yang bermanfaat dan memberi sumbangan terbaik, sudah (5) yakin dengan kuasa dan bantuan Allah, maka jangan ragu-ragu lagi dengan keputusan yang diambil. Lantaklah apa mereka nak kata.

Sampai kita bertemu lagi.

P.S.: Maaflah banyak sangat ayat tentang duit. Dia cuma nak beritahu, walaupun dia bercita-cita untuk menjadi suri rumah, dia bukanlah terlalu naif sampai mengabaikan soal financial independence. Duh. 

P.P.S.: I would want to earn my own money even if I married a billionaire who can support me and ten other people for five lifetimes.

Sunday, April 17, 2011

We are moving

from one house to another.

Wednesday, March 23, 2011

You don't want to die like this

Have you read Eugene Onegin (by Aleksandr Pushkin)? Have you watched the movie (Onegin)?
This movie (or the story itself, actually) contains too many heartbreaks I think.

I felt depressed after watching it in last week's History of Russia & Muslim Eurasia class.
I borrowed the novel (I hate translations but I don't understand Russian so what choice did I have?) for some task Dr. Kopanski gave, and got depressed again after reading through some parts of it.
I dread reading through the entire work. Brilliant, no doubt, but very sad. It's one of those stories where nobody really wins.

We watch a lot of violent, gory and bloody scenes in Dr. Kopanski's movie-lectures, but this one here, though not particularly gory, I find most disturbing. Come share some heartbreak here.

[Sorry the video resolution's bad.]

Onegin duels Lensky! from Nabeelah on Vimeo.

At least Tatyana has more sense than Anna Karenina.

Friday, January 14, 2011