Sedih tapi benar

8 comments
70 : 30 (Losers : losers)

Isnin 11:30 pagi.

Baru sahaja kami mengambil tempat duduk di dalam Speech Lab untuk kelas Media & Muslim Society, Madam Mazni sudah mempersoalkan ketiadaan pelajar lelaki di dalam kelas.

Katanya, susah benar untuk menjumpai golongan lelaki di sekitar kampus. Semakin hari semakin sedikit. Sana-sini perempuan.

Kami ketawa kecil, setuju dengan pemerhatiannya.

"Susahlah nak kahwin eh?" Madam Mazni menyoal, serius.

Kami ketawa kecil lagi. Kerisauannya valid dan bersebab.

5:00 petang.

Dia baru sahaja menaiki teksi untuk ke sekolah. Sambil memandu kereta melepasi bangunan AIKOL, pakcik pemandu teksi bertanya, "Adik belajar di sini ya?"

Jawab dia, "Ye."

"Adik rasa, berapa tahun lagi agaknya Malaysia akan diperintah oleh perempuan?"

Dia jadi blank. Dalam minda hanya tersiar wajah Hillary Clinton, entah kenapa. Tercari-cari pula nama menteri wanita yang berketerampilan di Malaysia. Rasanya belum ada yang sibuk mahu menjadi Perdana Menteri? Dia meminta soalan pakcik diulang.

"Adik rasa, berapa lama lagi Malaysia akan dipimpin oleh orang perempuan? Sepuluh tahun, 20 tahun?"

Dia hairan dengan soalan pakcik tersebut. Risau pun ada. Bukan apa, kadang-kadang, ada pemandu teksi yang gemar menimbulkan isu-isu ilmiah sepanjang perjalanan, padahal hati kita dipenuhi risau, kalau-kalau sampai lambat di tempat yang dituju.

Lagi pula, dia secara peribadi tak setuju jika wanita menjadi pemerintah negara. Pakcik teksi ini penyokong gerakan feminiskah? Ah, malasnya nak berbahas.

Kemudian pakcik berkata tenang, "Bukan apa, pakcik tengok di UIA ni, perempuan jauh lebih banyak daripada lelaki."

Oh. Bukan di UIA saja pakcik.

Dia senyum tawar, setuju.

Sambung pakcik, "Pakcik dah lama di sini, tinggal di Batu 10. Di kampung pakcik tu, perempuan adalah dalam sepuluh orang yang baru masuk universiti. Yang lelaki pula, ada lebih kurang 20, 23 orang...kerja di KFC, stesen minyak..."

Huh. Baru sehari mengikuti semester baharu, sudah perlu risaukan kekurangan lelaki di universiti. Orang lain yang tiada, orang lain yang risau.

*               *               *

Isu ini sudah lama berkisar dalam masyarakat, sejak dia di sekolah menengah lagi. Dahulu, dia tak hairan sangat. Yalah, sangkaan dia, mungkin lelaki lebih mahu bekerja daripada menyambung pelajaran. Tak salah pun. Tapi setelah mendengar nisbah terbaharu pelajar perempuan kepada pelajar lelaki di IPT sekarang, dia seperti tak mampu berpendapat lagi. 70 : 30, kenapa begitu besar jurang di antara kita? Pendidikan universiti bukanlah suatu kewajipan, tapi kalau mahu survive di dekad-dekad yang mendatang, rasanya pendidikan yang tinggi sudah jadi keperluan.

Menteri kata, puncanya kerana lelaki lebih meminati bidang-bidang vokasional. Sampai timbul rancangan untuk mengadakan roadshows bagi menarik golongan lelaki supaya melanjutkan pelajaran di universiti.  Kalau keadaan tak bertambah baik, satu hari nanti, golongan ilmuan banyak yang wanita. Yang bergaji besar pun wanita. Yang menggalas tanggungjawab lelaki pun, wanita. Anda tak kisah?

Soal susah bertemu jodoh juga selalu timbul dalam perbincangan begini. Yalah, lumrahnya, orang expect perempuan yang berijazah untuk berkeluarga dengan lelaki yang juga berijazah. Tapi apabila jumlah lelaki di universiti kurang daripada jumlah wanita, berkecailah expectations orang kebanyakan. Bila ada perempuan yang bernikah dengan lelaki yang "tak setaraf" dengannya, mesti ada yang berbisik-bisik sinis. Kepoh.

Kadang-kadang, dia dan kawan-kawan suka berjenaka akan hal ini. Di sebalik kelucuan, kami runsing. Kerana yang hilang dan hanyut sekarang, lelaki generasi kami!

Biasanya, orang akan merumuskan "nilai" seorang gadis dia saat dia bernikah, iaitu berdasarkan siapa lelaki yang dikahwininya (begitu juga sebaliknya). Kalau suaminya orang terhormat, secara automatik si perempuan akan dipandang hormat oleh orang lain. Soalnya sekarang, nak jumpa lelaki pun susah, apatah lagi yang elok.

Anda perempuan? Bimbang tak jumpa Mr. Right sedangkan makcik-makcik tak habis-habis bertanya? Bagi dia, tak perlu risau. Yakinlah dengan qadha' dan qadr. Jodoh sama saja dengan maut; memang sudah ditetapkan. Lagipun bahagia bukannya ternoktah pada status "berkahwin".

Biarkan saja orang-orang yang gemar bertanya, "Bila nak kahwin?" itu. Soalan lain tiadakah. Mereka macam menyindir, anda tak laku; padahal sebenarnya tak ada lelaki yang mampu "membayar" untuk mendampingi anda. "Duit" tak cukup. Bukannya jual mahal pun. Harga standard.

Kritikan selalu ditujukan untuk si gadis: "Orang perempuan jual mahal sangat." Siapa suruh anda (lelaki)  mimpi untuk bayar harga yang murah-murah saja?

Dia bukan bercakap tentang wang ringgit, harap maklum.

Dalam perkahwinan, kedua-dua pihak perlu membayar nilai pasangannya. Bayar dengan diri dan peribadi masing-masing, supaya tak sia-sia anda memeterai kontrak untuk hidup bersama-sama.

Tapi kalau diri sendiri tak dibangunkan kepada peribadi yang berharga baik, anda mahu bayar dengan apa?

Dan isu ini bukan semata-mata isu "kurang lelaki di universiti" ataupun "orang perempuan sudah susah untuk bertemu jodoh yang sesuai". Pokoknya, banyak lelaki hari ini tak memainkan peranan. Akibatnya, masyarakat hilang keseimbangan. Bagi orang perempuan, realiti ini sangat mengecewakan. Dia ulang: sangat sangat mengecewakan.

Di mana silap kita? Generasi ibu bapa kitakah yang tersalah mendidik anak-anak lelaki sehingga anak-anak perempuan terpaksa mengambil-alih tugas-tugas rijal hari ini? Atau salah orang lelaki sendiri yang enggan mencari kekuatan diri? Atau orang perempuankah punca semua kemerosotan karakter dan akhlak dalam masyarakat?

Hakikatnya golongan lelaki punyai banyak kelebihan berbanding perempuan. Namun hari ini, perempuan yang lebih jauh ke hadapan.

Apa masalah orang lelaki sebenarnya? (Huraikan.)

Beberapa bulan yang lepas, dia pernah melencong ke isu ini dalam sesi mengulang kaji sehari-sebelum-peperiksaan-Intro to Usul Fiqh dengan Hilda. [Mungkin ekoran daripada cerita-cerita kami tentang kisah yang pernah dibawa oleh seorang lagi classmate dalam perbincangan mengenai kelayakan pesalah  dikenakan hukuman qisas.  

Classmate kami ini, seorang sahabat baiknya pernah dipenjara tujuh tahun kerana membunuh suaminya (ditembak ketika tidur) akibat terlalu desperate dengan ketidakgunaan si suami sedangkan keluarga dan masyarakat langsung tidak memberi bantuan. Memang situasi wanita tersebut seperti sudah menyentuh rock bottom; tertindas dan dibiarkan ditindas, tapi perbuatannya dikira membunuh in cold blood, payah untuk dibela. Menembak orang yang sedang tidur! Alhamdulillah ini bukan kes rakyat Malaysia.]

Beginilah apabila lelaki tidak berfungsi: runtuh struktur sosial manusia. Perempuan pun, kalau tak memainkan peranan sebetulnya, pasti menyebabkan kekacauan. Tapi masyarakat lebih terganggu jika yang hilang arah itu sang pemimpin antara dua gender.

Hilda kata, "I feel sorry for us, and I feel sorry for them." Saya kasihankan diri kita (orang perempuan), dan saya kasihankan mereka (lelaki).

Enough said.

Calling all men: Wake up, seriously. Now. Buat malu saja.

*               *                *

Bukan semua lelaki begini, masih ada yang berkualiti. Dieu merci!

27 Ramadhan

1 comments
Azan Maghrib bersahutan dari beberapa buah masjid dan surau sekitar Desa Mahkota/Pekan Bangi.
Orang-orang yang berpuasa pun berbuka.
27 Ramadhan baru bermula.
Seminit dua kemudian, bunyi mercun pula berdesing dan berdentum.

Eeeeeeeeeeeeee........kapow! (mungkin lebih banyak bahan letupan)

Eeeeeeeeeeeeee.........pop. (cubaan tak berapa berjaya)

Serentak dengan bunyi mercun, kedengaran pula suara kanak-kanak menyanyi riang:

TANGGAAAAL TIGA PULUH SATUUUU
BULAN LAPAN LIMA PULUH TUJUUUUUHHH
MERDEKA MERDEKA TETAPLAH MERDEKA
IA PASTI MENJADI SEJARAAAAAHHHHHH

(ulang banyak kali)
...

(Lead singer) MARI KITA SELURUH WARGA NEGARAAAAA
RAMAI-RAMAI MENYAMBUT HARI MERDEKA (disambut dengan sepenuh hati oleh kawan-kawan dan adik-beradiknya, "MERDEKA!")

...dan diulang-ulang lebih kurang sepuluh kali.

Selesai menyanyi, tiba-tiba kampung sunyi sepi kembali.
Mungkin emak-emak mereka memanggil masuk, suruh solat Maghrib.

Jangan biarkan anak anda jadi begini.
Nanti orang kampung kata, "Anak siapa tu?!"

Monday, September 12, 2011

Saturday, September 3, 2011