Disclaimer: I still dislike Facebook.
First things first:
I: We have moved
Alhamdulillah, urusan memindah barang sudah selesai. Walau bagaimanapun! Kerja mengemas balik barang-barang tersebut memang belum siap.
Untuk pastikan kesahihan mailing address rumah baharu, (mak suruh) dia hantar (sampul) surat kepada alamat baharu.
Kesimpulannya, memang alamat tersebut sahih.
II: Journalism on Campus (JOC) di UIAM
Dalam kata lain, UIA akan menerbitkan akhbarnya buat kali pertama. Dengan kerjasama penuh New Straits Times. Sebelum ini pioneer project JOC anjuran NST ni dibuat di UiTM. Sekarang giliran kami. Department of Communication (dan para pensyarahnya yang WOW) akan menjadi penasihat sepanjang pembikinan akhbar, tapi pelajar-pelajarlah yang akan membuat kerja itu dan ini. Setelah diiklankan, maka ramailah pelajar (daripada semua kulliyyah) yang berminat mendaftarkan diri.
Pihak NST dah menyusun jentera pembuat suratkhabar kampus ini mirip organisasi pembikinan akhbar-akhbar sebenar. Jadi, ada empat lapangan kerja untuk kami pilih: editorial, layout/design, photojournalism, juga advertising. Dia pilih editorial. Di dalam borang, layout/design jadi pilihan kedua; tapi sebenarnya itu bukan pilihan dia langsung. Yalah, selagi boleh, seharusnya kita mengurangkan mimpi ngeri hidup universiti. Tak usahlah menambahkan bebanan kerja layout/design kepada homework yang sedia ada. Bukanlah tugas editorial tu mudah sangat pun, tapi sekurang-kurangnya, kerja menulis, mengarang ni, waktu menunggu kereta api tergendala pun boleh buat. Tak perlu susah-susah berkomputer melainkan untuk menaip final draft dan seumpamanya (tapi kerja mencari maklumat mesti diselesai awal-awal). Lagi pula, pada dia, antara banyak-banyak kerja yang ada deadline, kerja layout/designlah yang paling mengundang tekanan.

Hati suka dapat peluang dan alasan-alasan baru untuk menulis, tapi sempat juga rasa menyampah bila menerima arahan untuk menjadi sebahagian daripada pengguna facebook dot com. Kalau mahu join JOC mesti join Facebook of course I have a problem with that. Tapi tak sopanlah kalau kita memanjang-manjangkan perasaan tak puas hati sedangkan majoriti pelajar yang meyertai JOC sudah ada di Facebook. Oleh itu dia pun membuka akaun Facebook. Tengah daftar keahlian pun boleh sakit hati dengan Facebook sebab dot com tersebut minta nombor telefon untuk dia dapatkan confirmation code.
Wahwah. Belum apa-apa dah minta nombor telefon.
III: Apa tujuan dia ke universiti?
Sila baca cerita Nisa' dahulu. (Nisa' juga pelajar History & Civilisation di UIA).
Apabila sampai lewat usia remaja, semua orang akan prihatin dengan perancangan masa depan kita. Dia tak terkecuali. Orang yang baru dikenali, kaum keluarga, semua pun mahu tahu. Apa perancangan dia?
(Kanan: Bangunan Human Sciences)
(Kiri: Jabatan Sejarah dan Tamadun yang tak popular, apatah lagi glam. But it's not a problem.)
Dia boleh menipu anda dengan berkata, "Saya mahu jadi sejarawan profesional."
Atau, "Saya akan belajar sampai mendapat gelaran Doktor Falsafah dan kemudian kembali ke UIA sebagai ahli fakulti. Kemudian terus berkhidmat dan membuat apa-apa yang patut sehingga menjadi Profesor Sejarah."
Untuk penipuan yang lebih menyesatkan, dia boleh memberitahu anda, "Saya nak jadi guru sejarah. Bukankah sekarang terlalu ramai guru sejarah yang tidak terlatih dalam bidang sejarah pun? Kalau saya memohon jawatan sebagai guru Sejarah, mesti mudah dapat kerja."
Supaya nampak lebih kreatif, dia boleh kata, "Saya berminat untuk menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik." Konon-konon sesuai dengan ilmu sejarah yang ditimba. Tentu ada yang mengangguk-angguk bersetuju dengan jawapan dia. Kerja stabil, gaji tetap, pilihan bijak.
Ada lagi cara berbohong lain. "Saya saja-saja mahu habiskan empat tahun dan beribu-ribu ringgit dengan mengejar Ijazah Sejarah & Tamadun. Sebenarnya saya nanti mahu jadi pereka setem/penterjemah/pembantu am di klinik haiwan/_______ (boleh isi tempat kosong mengikut citarasa)."
Maklumlah, dia pelajar Sejarah & Tamadun. Gambaran masa hadapan tak sejelas pelajar kejuruteraan, perubatan, perguruan, undang-undang, perakaunan dan lain-lain. Terlalu ramai orang yang berkerut apabila diberitahu dia mengambil bidang Sejarah & Tamadun. Hampir semua bertanya, "Nanti mahu kerja apa?"
*Yaaaawwn*.
Secara terus-terang dia khabarkan di sini, dia tidak pernah berniat untuk menghabiskan tiga, empat tahun daripada masa mudanya di peringkat
degree sebagai jalan untuk mencapai apa-apa
impian kerjaya.
Do you really want to know why I chose to go to university? Sejujurnya?
- Dia suka belajar. Belajar kadang-kadang membuatkan dia bosan, sakit, sakit hati, susah, susah hati. Tapi dia masih suka.
- Di universiti ada banyak guru. Manusia lawan buku dan Google, dah tentu manusia lagi hebat sebagai rujukan. Ada banyak benda yang dia ingin tahu. University just seemed like the best place to be untuk memuaskan curiousity.
Setelah difikirkan berjam-jam lama, nampaknya itu sahaja sebab-sebab yang dapat dia simpulkan.
Bagi dia, bidang pilihan di peringkat ijazah (atau mana-mana peringkat pun) tak semestinya ada kaitan dengan prospek kerjaya. Masuk uni pun bukan Jadi soalan "Nak kerja apa nanti?" yang anda kemukakan itu tidak relevan bagi dia. Maaflah kalau anda tak setuju; mungkin kita hidup dalam dunia berbeza. Cara anda berfikir tak salah pun; cuma itu bukan penyelesaian untuk semua orang.
Tak realistikkah dia? Mimpi indah untuk belajar dan belajar for its own sake, habis bagaimana mahu menyara kehidupan nanti? L'argent, c'est important, budak lima tahun pun tahu. Mungkin satu hari nanti dia perlu menjadi pekerja di mana-mana. Semuanya mungkin, boleh jadi, tidak mustahil. Tapi sekarang, sementara masih berpeluang untuk belajar, dia akan belajar.
Wang penting kerana wang memberi pemegangnya kuasa untuk memilih. Contohnya kalau duit banyak, ibu bapa boleh memilih apa pun jenis pendidikan yang terbaik untuk anak, tak kiralah berapa mahal pun. Dengan duit yang banyak, anda boleh menyewa rumah; tapi dengan duit yang lebih banyak, anda boleh terus membeli sahaja rumah tersebut, tunai. Money money money. Lagipun harga butter dah meningkat; entah-entah, lima tahun akan datang, akan mencecah sepuluh ringgit untuk 250 gram. Mahal gila. Harga pen(a) Pilot G-2 juga sudah naik! Kalau dia tak berduit siapa yang mahu belikan?
Of course dia juga perlu dan mahu duit. Lagi banyak lagi bagus. (Apa kaitan duit dengan belajar Sejarah?) Supaya boleh sambung belajar lagi, bila-bila masa, di mana jua, dalam apa-apa bidang, tanpa perlu bersusah-susah mencari bantuan kewangan daripada masyarakat yang tak menghargai bidang-bidang tak profesional. My kind of life.
Hari ini dia ingin menyeru kepada semua, kalau anda sudah (1) kenal diri sendiri dengan baik, sudah (2) menimbang pilihan-pilihan yang ada dengan realiti hidup anda, sudah (3) pasti akan kesahihan niat, sudah (4) tahu di lapangan manakah yang anda boleh jadi seorang yang bermanfaat dan memberi sumbangan terbaik, sudah (5) yakin dengan kuasa dan bantuan Allah, maka jangan ragu-ragu lagi dengan keputusan yang diambil. Lantaklah apa mereka nak kata.
Sampai kita bertemu lagi.
P.S.: Maaflah banyak sangat ayat tentang duit. Dia cuma nak beritahu, walaupun dia bercita-cita untuk menjadi suri rumah, dia bukanlah terlalu naif sampai mengabaikan soal
financial independence. Duh.
P.P.S.:
I would want to earn my own money even if I married a billionaire who can support me and ten other people for five lifetimes.