I actually miss algebra.

0 comments
...and that is the sad, sad truth of my life right now.

So many books (and other printed materials PLUS online stuff), so little time.

Why do we have to write literature reviews? Don't answer, I know the answer, I'm just complaining.

How did people like Bernard Shaw and Camilla Adang and Abdul Karim Zaidan know so much and write so clearly? When did they accumulate all that knowledge? It's overwhelming, you know. All this dry flood of information in paragraph after paragraph after pa-ra-graph...totally makes me want to cry (except that if I do, I'll get swollen eyes until tomorrow morning and a runny nose for the rest of the week). So the only reason I'm not bursting into tears of emotion and awe and desperation now is because it won't be practical, like for health reasons. Who wants runny noses. Although crying is good for emotional health, etc etc.

But! I still love love love this. It's addictive. The more you read and listen, the more you realise how little you know...and then you'll be all overwhelmed and emotional again.

I think true love (for non-human beings, but applicable also to living things like cats) is when you hate something for making your life difficult but you still stick with it because you know it gives you something good at some point in your life.

I still don't miss calculus, though.

Tips belajar.

1 comments
Semester baharu datang lagi. Ada baiknya kita me-review tabiat belajar masing-masing di awal perjalanan ini supaya nanti kita tiba di destinasi dengan jayanya. Di awal semester, biasanya kita memasang azam yang tinggi. Mahu naikkan GPA dan CGPA. Menyesal kerana di semester lepas, ada subjek yang terkandas, yang tak tercapai gred impian, yang kurang cemerlang kerana gagal mendapatkan carry marks yang baik sepanjang semester. Dan seterusnya.

Tapi tanpa perancangan yang baik, silap-silap, kata-kata kesalan yang sama juga yang akan kita ucapkan di awal semester hadapan! Maka, muhasabahlah sekarang dan bertindaklah sewajarnya.

Peraturan-peraturan asas kejayaan:

(1) Mesti mahu belajar. 
(2) Mesti ingat bahawa ilmu itu bersifat mahal dan proses mendapatkannya adalah susah. 
(3) Mesti ada perasaan ingin tahu yang tak bersempadan. 
(4) Menghormati, menghargai dan mendengar cakap guru kerana [a] mereka lebih berilmu daripada kita, [b] merekalah sumber utama ilmu kita 
(5) Datang ke kelas awal. Kalau ini sudah menjadi tabiat anda, datang lewat takkan menjadi suatu pilihan pun. 
(6) Mesti berani menghadapi kelemahan diri sendiri. 
(7) Mesti bersedia untuk sentiasa memperbaiki kelemahan diri sendiri. 
(8) Anda mesti ingat bahawa "you can never be good enough", walaupun anda mendapat markah 100 peratus dalam semua ujian. 
(9) Mesti berusaha sebaiknya.
Dan yang paling utama (rahsia kejayaan dalam apa-apa pun!):  
(10) Tunaikan hak sebagai hamba Tuhan. Siapalah kita tanpa Allah.

Mengikut logik akal, sebenarnya gred A atau markah yang tinggi sangat mudah diraih, tapi anda mesti tahu elemen-elemen yang perlu dipenuhi. 

#1: Memberi perhatian di dalam kelas

Kadang-kadang terkhayal di dalam kelas? Perkara biasalah.

Sejam setengah (atau lebih) duduk mendengar lecture, normal-lah kalau sekejap-sekejap terfikirkan perkara lain.

Ada masa teringatkan pen refill yang perlu dibeli, ada masanya terfikirkan perkataan-perkataan random. Contohnya, pensyarah sedang menceritakan ciri-ciri pemerintahan era Tanzimat, tapi tiba-tiba kalimah "ecru" terlintas dalam fikiran. "Ecru. Itu suatu warna, kan? Eh, ke aku keliru dengan ocher? Ke, sejenis perabot? Ataupun aku pernah ternampak sofa berwarna ecru di dalam katalog perabot? Tapi rasanya macam memang warna...macam beige-kuning-coklat. Entah-entah sofa tu namanya ecru...Ecru. Orca. Ocher. Okra. Cis. Balik nanti jangan lupa Google."
Dan sedar saja dari lamunan, pensyarah sudah pun menyimpulkan perbincangan dan membuka ruang untuk pertanyaan. Rugi a few minutes' worth of the lecturer's explanation!

Walaupun ada kalanya payah untuk kita menumpukan sepenuh perhatian, tapi berusahalah untuk menghadirkan jiwa dan raga di dalam setiap kelas. Apa yang diajar di dalam kelas, jika difahami dan disimpan serta-merta di dalam otak, akan memudahkan anda menghadam maklumat selepas kelas dan akan menjimatkan masa revision, kerana kefahaman kali pertama itu biasanya sangat meninggalkan kesan di dalam diri.

#2: Pastikan faham

Kalau tak jelas dengan penjelasan pensyarah di dalam kelas, mintalah beliau jelaskan kembali.
Kalau masih belum faham, jumpa beliau di consultation hours-nya.
Kalau masih belum terang, bincanglah dengan kawan-kawan yang lebih faham.
Kalau perlu lebih penerangan, rujuklah bahan-bahan bacaan atau dokumentari.
Ingat ini: kefahaman ialah kunci untuk memanfaatkan ilmu.
Jangan tunggu sehingga waktu revision week sebelum peperiksaan, baru nak cari kefahaman. Kalau anda buat begini, besar kemungkinan anda akan berasa seperti loser ketika berhadapan dengan soalan.

#3: Tingkatkan kemahiran menyampaikan idea (dalam bentuk tulisan dan lisan)

Memiliki ilmu dan kefahaman sahaja tidak cukup. Kita mesti mampu menyampaikan juga. Prestasi pelajar lazimnya dinilai daripada peperiksaan lisan atau tulisan, dan pembentangan. Jadi, ketiga-tiga jenis penilaian itu sebenarnya merupakan ruang untuk pelajar mengembangkan kemahiran menulis dan bercakap di khalayak umum berdasarkan ilmu yang jitu.

Kalau mahu skor A, anda harus mampu menyampaikan kefahaman anda dengan jelas, baik di dalam peperiksaan mahupun di dalam pembentangan. Oleh itu, (1) mantapkanlah kemahiran dan gaya penulisan anda supaya dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah, lancar dan tepat; dan (2) latihlah diri untuk menyampaikan ilmu dan idea di hadapan audiens.

#4: Membuat nota

Nota ibarat jam tangan, payung, dan baju kegemaran anda. Tanpanya anda boleh hidup, tapi dengannya, hidup menjadi lebih mudah. Ciri-ciri nota yang ideal ialah:

(1) Andalah yang membuatnya. Berkongsi nota adalah amalan mulia yang boleh menggandakan pahala si pembuat, tapi ingatlah bahawa otak anda akan lebih mudah mengingat apa yang tangan anda sendiri telah buat. Dan, anda lebih tahu apa yang anda mahu dan perlu.

(2) Disediakan dalam bentuk yang paling menarik (bagi anda). Ada yang suka nota bergambar, ada yang suka nota berbentuk bullet points, ada yang minat nota berhighlight berwarna-warni, ada yang gemarkan kertas A4 dilipat dua tau empat dan bermacam-macam lagi. Ikut suka anda. (Dia suka peta minda dan nota-nota serabut yang di-doodle dengan objek-objek apa-apa).

(3) Perlu lebih ringkas daripada bahan rujukan lain (buku teks, esei-esei jurnal, slideshow handouts). Kalau boleh, satu bab diringkaskan menjadi satu atau dua muka surat sahaja.

(4) Mudah difahami. Nota ibarat fast food: kadar mengunyah anda ketika memakan fast food tetap sama seperti apabila anda mengunyah makanan bukan segera, tapi fast food akan tiba di tangan anda (dan seterusnya mulut anda) dengan lebih cepat berbanding makanan biasa) (Huh?). Maknanya, walaupun hati dan minda anda takkan berubah tabiat dengan mudah, tapi nota sepatutnya membantu hati dan minda anda memproses masuk maklumat dengan lebih cepat berbanding bahan-bahan rujukan yang lain. 

Merujuk kepada nombor (3) dan (4):
Kalau nota anda (a) hanya ayat-ayat dari buku teks yang dipisah-pisahkan dengan bullet points, (b) tiada input tambahan yang terhasil daripada kefahaman dan analisa anda sendiri, dan/atau (c) berhelai-helai banyaknya sehingga menyamai ketebalan buku teks, dia sarankan anda baca buku teks sahaja.

Alangkah bagusnya jika semua nota dia sentiasa lengkap dan terletak di satu tempat yang mudah dicari.

Namun perlu diakui, kadang-kadang notanya berlubang di sana-sini kerana (a) terberangan di dalam kelas, (b) penat menulis sambil mendengar cerita tentang perangai sultan-sultan zaman lampau, atau (c) malas. Di waktu-waktu begini, dia akan (a) berangan sambil kelihatan seperti memberi perhatian penuh, (b) senaraikan perkara-perkara yang perlu dibuat [find and borrow books on Demokrasi Terpimpin. Modern Europe map test. Buy laundry detergent!!] di atas kertas nota, (c) menconteng tanpa tujuan, atau (d) menarik dan menghembus nafas dalam-dalam untuk mengatasi rasa mengantuk.

Tak cukup dengan itu, kertas-kertas nota diletak di mana-mana sahaja yang dirasakan mahu setiap petang selepas kelas.

Dan akibatnya, setiap kali study week, gelabah cari nota di merata bilik. Pasti tercipta paper havoc di dalam compartment setiap kali malam exam. Pasti.

Diharap anda boleh mengambil pengajaran daripada tabiat ini.

Kesimpulannya: nota ibarat baju yang ditempah khas untuk saiz badan anda mengikut gaya yang anda suka. Padan, selesa, dan berguna. Perlu dijaga dan digunakan seeloknya.

*              *              *

Sekianlah perkara-perkara yang terlintas di minda setakat ini. Kalau ada lagi, akan diblogkan di masa akan datang,

Monday, February 20, 2012

Sunday, February 12, 2012