Lemon cake recipe

2 comments
I forgot to blog this one.

Lemon cake is like sunshine! Lemon cake is one of the very few cakes that I actually like to eat. Lemon juice takes away the cloying sweetness of a plain (but dense and fluffy) pound cake, and the cake is best enjoyed with hot tea or plain water.

I've been baking lemon cakes for breakfast and snacking purposes since maybe 2009, using this recipe, which is simply pound cake laced with lemon juice and zest, and topped with crunchy lemon glaze (sunshine).

In London, I did not like the electric beaters we inherited from the flat's previous tenants (it made too much noise and most of the time the beaters refused to release themselves for washing up), so I looked for a recipe that would only require an egg whisk. This recipe served me well there -- it uses melted butter instead of softened butter (so no creaming required), and a dose of double cream. But when I tried making the cake using the melted butter recipe when I was back in Malaysia, the cake refused to rise properly (even after I doubled the baking powder) and didn't turn out as perfectly as it used to in London. Climate effect, probably. So here's the Malaysian-weather-friendly recipe:

Easy lemon loaf cake from Nabeelah on Vimeo.

To make this cake, you will need:
1/2 cup (125g) butter, softened
1/2 cup (95g) caster sugar
2 large eggs
Zest and juice of 1 lemon (more, if you want a tangier cake)
1 cup (140g) plain flour, sifted with
1 1/2 teaspoons baking powder,
and 1/2 teaspoon salt

For the glaze, you need:
1/2 cup caster sugar
Zest of 1 lemon
Some lemon juice, maybe 3-4 tablespoons?

It's easy, really. Here's how you make the cake:

  1. Rub the lemon zest with the sugar, to release the lovely oils.
  2. Dump the butter onto the lemon sugar, and beat until creamy and fluffy. You can use an electric mixer or a large spoon, just make sure the butter and sugar are well beaten.
  3. Beat in the eggs, one by one. Mix well. If the mixture looks curdled, don't worry.
  4. Add in the dry ingredients and lemon juice alternately, ending with the flour mix. Stir until just mixed.
  5. Pour the batter into a greased and lined loaf tin.
  6. Bake in a 180*C oven for 30-40 minutes, or until a skewer poked in the middle of the cake comes out clean.
  7. Cool the cake for 10 minutes or so in the tin, then turn in out on a wire rack.
And here's how you make the glaze:

  1. Make more lemon sugar using 1/2 cup caster sugar and the zest of one lemon.
  2. Stir in lemon juice, until the glaze is runny but still thick.
  3. Pour onto the top of the cake, and let it set.
The cake is also amazing glaze-less and warm from the oven. Cut it up and enjoy!

Bagaimana untuk memohon kemasukan ke program PhD di UK**

2 comments
 بسم الله الرحمن الرحيم

**Panduan ini khusus untuk anda yang berminat untuk menceburi penyelidikan akademik -- melalui ijazah penyelidikan (MPhil, MRes, PhD, DPhil) -- dalam bidang Sastera, Kemanusiaan dan Sains Sosial di United Kingdom. Mungkin banyak juga prosedur di bawah terpakai untuk bidang lain dan di negara lain, tetapi pengalaman saya terhad kepada sistem PhD di UK (dan mungkin Eropah).

Ada bidang ilmu yang sangat sesuai didalami di UK, dan ada yang kurang sesuai
[The Study Room of the Department of the Ancient Near East, the British Museum]

Pertama sekali, jangan takut ditolak. Permohonan ditolak, e-mel tak berbalas, e-mel dibalas tetapi tanpa berita yang menggembirakan...ini semua normal.

Untuk memohon kemasukan ke program PhD atau ijazah penyelidikan (research degree) yang lain di UK, anda perlu:

  1. Menyediakan kertas kerja cadangan penyelidikan (research proposal)
  2. Mendapatkan persetujuan bakal penyelia (supervisor)
  3. Membuat permohonan rasmi ke universiti
Cuma tiga perkara. Nampak ringkas, tapi sebenarnya boleh menghantui masa tidur dan masa sedar anda.

Kemudian, bersedialah untuk menunggu, dan sediakanlah back-up plans secukupnya. Kita merancang dan berusaha untuk kebaikan di dunia dan akhirat tapi Allah jua yang mengizinkan atau tak mengizinkan.

Cara-cara memohon:

#1: Sediakan kertas cadangan penyelidikan.

Sebenarnya, anda boleh juga lakukan #2 (cari penyelia) terlebih dahulu, dan merencana cadangan penyelidikan bersamanya. Namun, menurut pengalaman saya, lebih baik anda siapkan dahulu kertas cadangan, supaya anda boleh terus melamar penyelia dengan persediaan secukupnya, lebih-lebih lagi jika anda dan penyelia tersebut tidak saling mengenali.

Sebelum menyediakan kertas cadangan penyelidikan, anda mesti mempunyai cadangan penyelidikan. Dalam kata lain, perihal apa yang anda rasa wajar untuk diberi tumpuan penyelidikan selama lebih kurang tiga tahun, dan berbaloi dibelanjakan beratus-ratus ribu ringgit semata-mata untuk membolehkan anda mengkajinya?

Kalau anda sudah ada tajuk cadangan, alhamdulillah. Teruskan usaha mengembangkan tajuk tersebut menjadi kertas cadangan yang baik. Kalau belum, anda boleh cuba menjana cadangan projek kajian menggunakan panduan di bawah:

  1. Kenalpasti lapangan ilmu serta tajuk khusus yang anda minati.
  2. Baca sebanyak-banyaknya. Baca buku-buku serta makalah-makalah akademik (yang diterbitkan dalam jurnal dan sebagainya) penting dalam lapangan yang anda mahu selidiki. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terkini dalam kesarjanaan lapangan tersebut.
  3. Kenalpasti isu-isu yang masih belum dipelopori dalam penulisan para sarjana lapangan tersebut. Inilah yang dikenali sebagai "research gap". Mengapa anda perlu mencari lompong-lompong tersebut? Kerana setiap tesis PhD mestilah menyumbang sesuatu yang baharu kepada pengetahuan manusia. Ada kajian PhD yang tidak menjumpai bahan baharu dalam sesuatu bidang, tetapi menyumbang dengan cara mengutarakan kaedah baharu untuk mentafsirkan sesuatu pengetahuan [menggunakan teori pemahaman yang lain, dan sebagainya].
  4. Catitkan isu-isu yang anda rasa perlu dikaji (tetapi masih belum dikaji), dan pilih isu yang paling anda suka. Anda patut memilih tajuk yang anda betul-betul minati, kerana nanti akan ada banyak cabaran yang menguji sejauh mana anda sanggup bersusah demi menyiapkan sebuah kajian. Cabaran-cabaran ini akan mudah mematahkan semangat jika anda tidak benar-benar cintakan subjek kajian anda.
  5. Kenalpasti para sarjana yang paling arif dalam lapangan serta tajuk yang anda pilih. Cari alamat/alamat e-mel mereka, dan catitkan semuanya.
  6. Karang kertas cadangan penyelidikan anda.
Bagaimana pula cara terbaik untuk mempersembahkan kertas cadangan penyelidikan PhD? Lain universiti dan jabatan, lainlah format yang diminta. Tetapi lazimnya, perkara-perkara berikut perlu ada dalam kertas cadangan:

  1. Tajuk (working title). Tajuk projek harus jelas dan seringkas yang mungkin. Dinamakan working title kerana biasanya tajuk kajian akan berubah mengikut kemajuan penyelidikan dari masa ke semasa.
  2. [TIDAK WAJIB ADA] Abstrak, atau ringkasan cadangan. Biasanya abstrak tak lebih daripada satu perenggan pendek, fungsinya untuk memudahkan kerja panel penilai, dan penyelia, untuk memahami cadangan projek anda sekilas pandang sebelum mereka meneliti keseluruhan kertas kerja. Kalau anda tidak mahu menyertakan abstrak, atau had perkataan tidak mengizinkan, saya cadangkan anda hasilkan juga seperenggan abstrak untuk melatih diri meringkaskan buah fikiran. Penulisan abstrak juga boleh membantu anda lebih nampak perkara-perkara yang perlu diberi lebih tumpuan, dan yang mana perkara picisan.
  3. Tinjauan kajian terdahulu (literature overview). Literature review yang baik bukan sahaja menggabungkan serta membanding-beza semua pandangan serta penemuan terdahulu dalam lapangan ilmu yang dipilih. Lebih daripada itu, anda mesti menonjolkan tema-tema terbesar dalam sesuatu wacana, serta mengasingkan perdebatan-perdebatan terpenting.
  4. Ringkasan kajian cadangan (research overview). Berkesinambungan dengan literature review sebelumnya, nyatakan research gap(s) yang mahu anda penuhi melalui penyelidikan yang diusulkan. Terangkan peri-penting kajian anda (significance of study), kemudian gambarkan secara ringkas kajian yang bakal anda jalankan (brief description of proposed study). "Research gap(s)" serta "significance of study" yang anda tunjukkan adalah dua sisi terpenting dalam cadangan penyelidikan -- inilah yang akan menarik minat bakal penyelia terhadap potensi projek cadangan anda.
  5. Kaedah penyelidikan (research methodology), termasuk sumber-sumber yang bakal digunakan. Kajian kualitatif atau kuantitatif? Kajian arkib atau sejarah lisan? Apa rangka teori yang dirasakan paling sesuai untuk peringkat analisa dapatan?
  6. Rangka masa cadangan. Contohnya, tahun satu untuk literature review serta tinjauan awal bahan-bahan rujukan primer; tahun dua untuk mengumpul data; tahun ketiga untuk menganalisa data dan menyiapkan penulisan tesis. Bahagian ini perlu untuk membuktikan kepada penyelia bahawa anda jelas dan bersikap realistik dengan perkara-perkara yang perlu dilaksanakan demi menghasilkan sebuah tesis dalam masa yang ditetapkan.
  7. [TIDAK WAJIB ADA] Latar belakang anda, selaku pemohon dan bakal penyelidik. Apa pengalaman dan kelayakan yang anda miliki, yang akan membolehkan anda melaksanakan kajian yang dicadangkan? Jika ada kemahiran yang relevan, termasuk yang anda rasa perlu ditambah semasa membuat PhD nanti -- contohnya kemahiran bahasa-bahasa tertentu --, nyatakan.
  8. Senarai bahan rujukan (bibliografi) ringkas. Serasikan format bibliografi dengan gaya "citation" yang anda gunakan dalam bahagian utama kertas kerja.

Apa yang penyelia dan panel pemilihan cari dalam kertas cadangan penyelidikan?
Keaslian cadangan kajian; kajian yang mampu memberi kesan [kepada kesarjanaan atau/dan terhadap masyarakat dunia]; kemampuan calon untuk memahami dan merumuskan perbincangan serta perdebatan terpenting dalam lapangan yang dipilih; kebolehan calon untuk menyertai dialog ilmiah dalam lapangan tersebut; kepekaan calon terhadap perkembangan terkini ilmu tersebut; kemahiran mengutarakan (menulis) pandangan dengan bernas dan jelas; kesediaan calon untuk berdikari dalam menyelidik [dengan bimbingan penyelia]; keupayaan calon untuk mengembangkan konsep-konsep yang rumit dan menerapkan konsep-konsep yang sesuai di dalam penyelidikan dan penulisan.

#2: Cari penyelia

Ada pelajar yang sudah mengenali pensyarah yang dirasakan sesuai untuk dijadikan penyelia PhD, mungkin kerana cara kerjanya, atau mungkin kerana bidang kajiannya. Untuk kes-kes sebegini, kadangkala pensyarah tersebut sudah mempunyai cadangan kajian, dan sekiranya dipersetujui oleh pelajar, pelajar cuma perlu mengembangkan kertas cadangan penyelidikan, dan memohon secara rasmi untuk kemasukan ke universiti terbabit.

Ada pula pelajar (seperti saya) yang sudah ada tajuk yang diminati, tetapi perlu mencari penyelia yang sesuai. Jangan hanya menghubungi seorang penyelia. Sama seperti memohon universiti sebelum ke peringkat PhD, tiada siapa yang boleh menjamin kemasukan anda ke mana-mana institusi. Oleh itu, senaraikan sebanyak mungkin pensyarah yang dirasakan sesuai menjadi penyelia projek cadangan anda. Di sini ada panduan yang baik untuk mencari penyelia PhD.

Kemudian, e-mel pensyarah-pensyarah terbabit.

Di sini saya kongsikan panduan menulis e-mel kepada penyelia-penyelia yang diminati:

  1. Letakkan tajuk e-mel (subject) yang jelas. Contohnya, "Prospective PhD candidate for 2016/17, research on batch-cooking among students in winter".
  2. E-mel mesti ringkas. Kalau boleh, biar seluruh teks e-mel anda, dari "Dear Professor X" sehingga ke baris "Thank you", boleh dilihat dalam skrin tanpa perlu di-skrol ke bawah. Ahli akademik, apatah lagi yang berpangkat profesor, sangat sibuk dan biasa menerima berpuluh-puluh, bahkan beratus-ratus e-mel setiap hari. Saya pernah mendapat balasan e-mel daripada seorang profesor (yang terkenal dan sibuk), bukan daripadanya sendiri, tetapi daripada pengurusnya -- itupun setelah saya menghantar e-mel follow-up kerana e-mel yang pertama sudah beberapa minggu tidak dibalas. Bayangkan betapa penuhnya jadual harian mereka. Jadi, hargai masa penyelia dan mudahkan kerjanya.
  3. Perkenalkan diri anda. Singkatkan yang ini. Siapa nama anda, kelulusan terakhir apa dan daripada universiti mana. Jika anda disarankan untuk menghubungi penyelia tersebut oleh pensyarah lain yang mengenalinya, sebut nama pensyarah yang anda kenal itu.
  4. Tanya sama ada mereka masih mempunyai kekosongan untuk pelajar seliaan baharu bagi tahun akademik yang anda mahu mulakan pengajian PhD. Profesor yang saya sebutkan di atas, tak dapat memenuhi hajat saya untuk menyelidik di bawah seliaannya, kerana pelajar sedia ada sudah cukup banyak. Kalau diterima lagi, beliau takkan dapat memberi perhatian selayaknya kepada setiap pelajar seliaan (ini belum termasuk tugas-tugasnya yang lain di universiti dan di luar universiti!). Contoh pertanyaan,"I am writing to ask if you are still considering/taking on new PhD students/supervisees for the next academic year."
  5. Rumuskan cadangan kajian anda. Kalau sudah sediakan abstrak, boleh digunakan di sini, tetapi mungkin anda perlu ubah sedikit struktur ayat untuk disesuaikan dengan nada e-mel yang lebih bersifat perbualan. Ingat, ringkaskan.
  6. Kaitkan cadangan kajian anda dengan kepakaran dan kajian-kajian semasa mereka. Tunjukkan bahawa anda pernah (sekurang-kurangnya) membaca hasil penyelidikan mereka, dan tunjukkan bahawa projek kajian yang anda cadangkan itu selari dengan minat kajian mereka.
  7. Lampirkan kertas kerja cadangan penyelidikan yang sudah anda siapkan.
  8. Gunakan bahasa yang sopan dan profesional. Anda perlu tampilkan minat yang mendalam terhadap tajuk kajian serta keterujaan untuk bekerja dengan penyelia tersebut, tetapi tak perlulah memuji berlebihan. Usah mendesak, tetapi jelaskan kepada mereka bahawa anda perlukan maklum balas dan tunjuk ajar daripada mereka. Adakalanya, ada pensyarah yang berminat dengan cadangan anda, tetapi skop kajian anda terkeluar daripada kepakarannya. Dalam keadaan begini, mereka mungkin boleh mencadangkan penyelia-penyelia lain (di universiti yang sama atau berbeza) yang boleh anda hubungi. Proses mencari dan melamar ini tidaklah susah, cuma kita perlu bersikap terbuka, bertawakkal kepada Allah, dan beradab dalam mencari guru. Ingat, memang kalau boleh kita mahukan penerimaan daripada penyelia-penyelia idaman kita, tetapi seperti juga hubungan dengan manusia lain, kita takkan tahu keadaan sebenar mereka melainkan setelah kita bertanya. Jika gagal mendapat persetujuan daripada penyelia yang dituju, move on. Cari yang lain. Apa pun maklum balas yang diberi, anggaplah setiap guru yang kita hubungi itu sebagai pembimbing dan penanda arah ke jalan terbaik dalam penyelidikan.
  9. Jika e-mel anda tidak dibalas selepas 2-3 minggu, hantar kembali e-mel asal, dengan nota baharu untuk meminta penyelia tersebut memberi maklum balas. Jika tidak dibalas juga, lupakan penyelia tersebut. Anda perlukan penyelia yang sanggup meluangkan masa untuk memberi maklum balas sesegera mungkin, jadi jika dari awal pun sudah nampak betapa mereka tidak mengambil berat soal menjawab e-mel dan pertanyaan, atau mereka terlampau sibuk dengan bebanan kerja yang lain, lebih baik anda cari penyelia lain yang lebih boleh diharap.
  10. Jika anda menghantar beberapa e-mel lamaran kepada beberapa orang pensyarah dalam satu-satu masa, JANGAN hantar e-mel "acuan" dengan alamat e-mel semua penerima diletakkan sekali. Dalam situasi ini, mass e-mails are rude. Siapkan, dan hantar e-mel satu persatu, dan pastikan nama penerima serta butiran lain di dalam e-mel (seperti universiti di mana penyelia tersebut bekerja dan pengkhususan kajian penyelia terbabit) diubah jika anda menggunakan karangan yang sama untuk setiap e-mel. Jangan terburu-buru. Penyelia takkan  berminat untuk membalas e-mel, apatah lagi menyelia pelajar yang tidak mengambil berat akan perkara-perkara yang kelihatan kecil, tetapi mustahak sebenarnya.

#3: Mohon secara rasmi untuk kemasukan ke universiti.

Apa yang jabatan/universiti cari dalam permohonan PhD? Apa yang membuatkan mereka menawarkan tempat kepada calon PhD yang memohon?

  1. Kertas cadangan penyelidikan yang mantap. Kajian cadangan anda haruslah berdaya saing, menarik, asli, dan menjanjikan sumbangan ilmu.
  2. Keserasian kajian anda dengan pengkhususan jabatan secara keseluruhan (research fit). Setiap jabatan ada kekuatan dan kekurangannya, dan mahu membina kepakaran dalam isu-isu tertentu. Sebab inilah, anda mesti bijak membina kertas cadangan yang mampu "menjual" tajuk anda kepada jabatan terbabit. Selidiki pengkhususan para pensyarah serta tumpuan kajian jabatan yang diminati, kemudian bentukkan cadangan kajian anda supaya selari dengan minat mereka.
  3. Kemampuan menyelia di pihak jabatan. Boleh jadi, projek kajian yang anda cadangkan sebenarnya bagus dan secara peribadinya menarik minat panel penilai, tetapi jika jabatan tersebut tidak mempunyai penyelia yang sesuai untuk anda, atau penyelia yang berkepakaran sedang cuti pada tahun itu (research leave, sabbatical) tidak mampu meluangkan masa untuk menyelia anda, maka permohonan anda akan ditolak. Bagi kebanyakan universiti di UK, persetujuan tak formal daripada penyelia (yang anda dapat melalui perhubungan e-mel dengannya) merupakan tanda awal penerimaan anda sebagai calon PhD di universiti terbabit. Namun, ada juga jabatan yang meletakkan tanggungjawab membuat keputusan menerima atau menolak permohonan ke atas bahu para pensyarah dalam panel penilai jabatan. Dalam keadaan ini, walaupun anda sudah mendapatkan persetujuan tak formal daripada penyelia, masih tiada jaminan untuk anda mendapat tempat di universiti tersebut. Contohnya, jabatan Politics and International Studies (POLIS) di University of Cambridge serta program PhD di Berlin Graduate School of Muslim Cultures and Societies (BGSMCS, Freie Universitat Berlin) mengiklankan di laman sesawang mereka bahawa para pemohon tidak perlu menghubungi bakal penyelia sebelum memohon kerana setiap permohonan akan dinilai oleh admissions committee, bukan penyelia. [Tapi saya tetap menghubungi penyelia sebelum menghantar permohonan kepada kedua-duanya. Tak ada pun kesan negatif terhadap permohonan kita, cuma apabila ditawarkan tempat, kita mungkin akan diberi penyelia lain]. Ya, penyelia akan dirujuk untuk memastikan mereka sudi dan mampu menyelia, tetapi dalam proses sebenar penerimaan calon PhD ke setiap jabatan, halangan terawal yang perlu diatasi adalah untuk mendapatkan lampu hijau daripada panel pemilih.
  4. Kelayakan akademik dan keupayaan/pengalaman menyelidik. Ini tentu sekali syarat yang perlu dilepasi oleh calon-calon yang berminat untuk membuat PhD. Lazimnya universiti akan menilai kelayakan anda sekaligus dengan calon-calon lain dalam tahun yang sama. Maknanya, pencapaian setiap calon adalah relatif kepada pencapaian calon-calon yang lain. Persaingan sesama ahli "cohort" (kumpulan pelajar yang memohon dan diterima masuk setiap tahun) inilah yang akan menghantui siang dan malam anda setelah mimpi ngeri mendapatkan penyelia berakhir. Faktor persaingan sesama pelajar dalam mendapatkan biasiswa jugalah yang menyebabkan banyak pemohon yang berjaya mendapat tawaran universiti, tidak jadi mendaftar kerana tidak mampu membiayai pengajian.
  5. Saranan bekas pensyarah pemohon. Kemampuan dan potensi anda akan lebih menyerlah sekiranya disokong oleh surat-surat saranan yang bagus. Jika anda masih lagi belajar di peringkat ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana dan merancang untuk menyambung PhD di masa akan datang, cari bakal "referees" mulai sekarang. Mereka mampu menilai kekuatan akademik anda menerusi hasil kerja anda, tetapi dari sudut keperibadian, bina hubungan yang baik dengan semua guru supaya mereka senang hati menaruhkan nama dan reputasi mereka di atas surat sokongan permohonan anda nanti.
  6. [BUKAN SEMUA] Temubual dengan penyelia atau panel penilai. Bagi pemohon yang tinggal jauh dari UK, universiti biasanya membenarkan interview dijalankan menggunakan Skype atau telefon. Rata-rata program PhD di Jerman mewajibkan sesi temubual (dengan bakal penyelia serta beberapa lagi individu dalam jawatankuasa pemilihan) sebelum keputusan muktamad dibuat. Di UK, bukan semua universiti akan menemubual pemohon PhD. Yang penting, sesi temubual bertujuan untuk memastikan bahawa calon benar-benar telah menghasilkan kertas cadangan kajian dengan sendiri; bahawa calon boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris; bahawa personaliti calon dan bakal penyelia serasi, atau sekurang-kurangnya tiada perkara yang akan menghalang pemohon daripada bekerja dengan baik selaku calon PhD.

#4: Pembiayaan.

Ini cerita lain, inshaAllah. Selamat memohon!

Bagaimana untuk melanjutkan pengajian peringkat pascasiswazah di United Kingdom

3 comments
بسم الله الرحمن الرحيم

 Maryam Nabeelah Ismail
Merujuk sumber primer untuk tulisan sejarah mengenai anak-anak Yahudi di Britain pada abad ke-19, 
di ruang Special Collections, Senate House Library

Anda mahu mengalami keseronokan dan cabaran belajar di peringkat sarjana atau PhD? Anda berminat untuk menimba pengalaman tersebut di United Kingdom (England, Wales, Scotland, Northern Ireland)? Langkah pertama yang perlu anda ambil ialah: dapatkan tawaran daripada universiti. Jika anda tak pasti kursus dan universiti mana yang patut dipilih, mungkin anda boleh mengikuti panduan berikut:

#1: Mulakan awal, selewat-lewatnya 18 bulan sebelum tarikh mula pengajian. 

Contohnya, jika anda berhajat untuk memulakan pengajian di peringkat sarjana (MA, MSt, MPhil, MSc, MRes) atau doktor falsafah (PhD, DPhil) pada sesi September/Oktober 2017, mulakan proses mencari, memilih dan memohon sejak awal tahun 2016. Permohonan universiti pula biasanya dibuka setahun sebelum kursus bermula.

Tip: Internet ialah alat yang paling penting dalam usaha mencari kursus/universiti yang paling sesuai untuk anda. Bersedialah untuk menghadap skrin komputer berjam-jam demi masa depan anda. Selain itu, jangan takut untuk bertanya kepada pelajar-pelajar, pensyarah, mahupun kakitangan pentadbiran (contohnya graduate secretary setiap jabatan) mengenai kursus yang anda mahu selidiki -- gunakan e-mel untuk menghubungi individu yang anda tidak kenal.

Kenapa? Kerana banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum memohon.

#2: Bila tarikh tutup permohonan kursus di universiti, dan bila tarikh tutup permohonan biasiswa? 

  1. Biasanya, tarikh tutup permohonan kursus adalah 6 bulan hingga setahun lebih awal daripada tarikh mula pengajian. Anda perlu merujuk laman sesawang universiti yang berkenaan untuk tarikh tutup masing-masing.
  2. Tarikh tutup permohonan biasiswa (Malaysia, antarabangsa, atau peringkat universiti) berbeza-beza. Pastikan anda peka dengan semua tarikh tutup yang perlu dikejar.
#3: Ilmu dan latihan bagaimana yang anda mahu/perlukan? 

Untuk peringkat sarjana (master), ada dua kaedah pengajian yang ditawarkan di kebanyakan universiti: (i) taught master's degree (MA, MSt, MSc), yang mungkin dikenali sebagai master-by-coursework di Malaysia; dan (ii) research master's degree (MPhil, MRes), atau sijil sarjana yang diraih melalui penyelidikan sepenuhnya. Program MPhil dan MRes akan mengambil masa yang lebih lama, lebih kurang 2 tahun; manakala MA, MSt dan MSc hanya memakan masa setahun. Umumnya, kelayakan yang diperlukan untuk diterima masuk ke program MPhil dan MRes lebih tinggi -- maknanya, anda perlu membuktikan bahawa anda sudah bersedia untuk berdikari dalam menyelidik tajuk yang diminati.

Walau bagaimanapun, sekalipun anda memilih kaedah master by research, biasanya anda masih bebas menghadiri sebarang kuliah yang ditawarkan oleh jabatan/fakulti/universiti sepanjang pengajian, untuk menimba lebih banyak ilmu serta merebut peluang berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan para pensyarah dan pelajar lain.

Sebenarnya program taught master juga melibatkan komponen penyelidikan, dalam bentuk dissertation (yang panjangnya sekitar 10,000 hingga 20,000 patah perkataan, bergantung pada kehendak kursus dan jabatan). Di UK, terdapat tiga penggal pengajian (terms) dalam setiap tahun akademik. Untuk pelajar taught master, dua penggal yang pertama akan diisi dengan menghadiri kuliah atau seminar yang ditawarkan (dan mungkin akan ada peperiksaan), kemudian penggal terakhir dikhaskan untuk penulisan dissertation. Tajuk kajian dissertation akan dipilih oleh pelajar dan dibincangkan bersama penyelia, biasanya di akhir penggal pertama/awal penggal kedua.

Untuk peringkat PhD (yang dikenali sebagai DPhil di Universiti Oxford), tempoh dan sistem pengajian di UK umumnya selaras: masa yang diberi ialah 3 tahun (dan boleh dilanjutkan menjadi empat jika ada kesulitan, tetapi biasanya badan-badan biasiswa hanya akan menanggung pengajian calon PhD selama 3 tahun sahaja).

Saya akan menulis panduan yang berasingan untuk pencarian/permohonan kursus berasaskan kajian (research degrees) dalam post yang lain inshaAllah. 

Maryam Nabeelah Ismail
Antara tanda kepakaran sesebuah jabatan/universiti dalam sesuatu bidang ialah kewujudan perpustakaan khusus (specialist library) untuk lapangan ilmu tersebut.
[Perpustakaan utama SOAS, aras B]

#4: Apa kelayakan yang anda perlu ada untuk memohon?

Dalam kata lain, dokumen-dokumen serta sijil-sijil apa yang perlu anda sediakan dan kemukakan untuk membuktikan kepada admissions committee bahawa andalah calon yang mereka mahukan. Anda mesti mempersiapkan perkara-perkara berikut:

  1. Kelayakan akademik. Sekurang-kurangnya, perlu ada ijazah sarjana muda 2:1 (second upper, atau *rasanya* CGPA 3.5 dan ke atas), tapi ketahuilah bahawa untuk kursus-kursus yang oversubscribed (dimohon oleh sangat ramai pelajar), ijazah first class (*rasanya* CGPA 3.7 ke atas) akan diletakkan sebagai syarat kelayakan minimum. Ingat, gred kelayakan yang diiklankan oleh universiti itu ialah gred minimum. Usah takut untuk mengejar impian, tetapi ingatlah, anda bukan satu-satunya pelajar yang memohon, permohonan anda perlu bersaing dengan permohonan-permohonan lain. Sila rujuk laman sesawang universiti/fakulti yang berkenaan untuk maklumat kelayakan yang lebih tepat.
  2. Statement of purpose atau personal statement. Untuk program pascasiswazah berasaskan kursus (taught degrees), pemohon mesti mengarang sebuah esei, sekitar 500 patah perkataan hingga satu muka A4. Dalam esei ini, anda berpeluang untuk menjelaskan: apa yang anda harapkan daripada kursus tersebut; mengapa anda memilih kursus, jabatan, dan universiti tersebut; mengapa anda individu yang serasi dengan kursus yang ditawarkan; kelebihan diri yang boleh membantu anda menyerlah dalam kursus tersebut; serta perkara yang mendorong anda untuk menjalani kursus tersebut. Ertinya, personal statement ini ialah ruang terbaik untuk anda mempersembahkan personaliti dan cara berfikir anda kepada panel penilai -- selain daripada melihat kebolehan dan potensi akademik anda berdasarkan sijil akademik, mereka juga perlu menilai "keikhlasan" dan kesungguhan pemohon. Perihal personal statement ini, boleh dijadikan satu lagi post, tapi rasanya sudah banyak tips yang dikongsi oleh pelajar-pelajar lain di internet.
  3. [BUKAN SEMUA] Kertas cadangan penyelidikan (research statement atau research proposal). Bagi kursus-kursus berasaskan penyelidikan (MPhil, MRes, PhD), pemohon perlu melampirkan kertas cadangan penyelidikan yang menjelaskan secara ringkas perkara-perkara berikut: (i) tajuk cadangan (ii) kesimpulan tinjauan kajian terdahulu [literature review] (iii) sudut-sudut lapangan yang masih belum dikaji [research gaps] (iv) kepentingan kajian yang dicadangkan (v) kaedah penyelidikan (vi) sumber-sumber primer yang bakal digunakan, jika ada. Ada jabatan yang mengehadkan kertas cadangan penyelidikan kepada 500 perkataan sahaja, ada yang meminta kertas cadangan sepanjang dua muka A4, ada yang mahukan 6 muka (tak termasuk bibiografi ringkas). Maka, anda perlu mahir meringkaskan buah fikiran anda, seringkas-ringkasnya. Bab kertas cadangan penyelidikan ini pun, panjang ceritanya, dan cara/format penulisannya tertakluk pada kehendak jabatan masing-masing.
  4. Surat saranan (letter of recommendation atau letter of reference) daripada dua atau tiga orang pensyarah anda. Kenalpasti pensyarah-pensyarah yang mengenali anda, baik dari sudut peribadi mahupun dari sudut kebolehan akademik. Pensyarah-pensyarah (referees) ini perlu menulis surat yang bersaksi/menceritakan perihal pengalaman dan potensi anda selari dengan kursus yang anda mohon. Anda ada kelebihan jika referee anda merupakan seorang ilmuwan/profesor terkenal dalam bidang yang anda mohon, kerana dunia akademik meletakkan kepercayaan yang tinggi pada kesaksian ilmuwan/pengkaji yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Akan tetapi, tiada guna pun anda meminta surat saranan daripada pensyarah ternama, sekiranya beliau tidak mengenali anda sebagai seorang pelajar. Tak terkenal tak mengapa, yang penting, referee mesti mampu menggambarkan kebolehan anda dengan terperinci dalam sepucuk surat. Permohonan universiti di UK secara umumnya menggunakan sistem atas talian, dan surat saranan juga biasanya perlu dihantar sendiri oleh referee melalui e-mel, terus kepada universiti (untuk menjamin ketelusan kesaksian yang dikemukakan).
  5. [BUKAN SEMUA] Resume/curriculum vitae (CV). Segelintir universiti menghendaki pemohon melampirkan resume atau CV dalam permohonan.
  6. [BUKAN SEMUA] Contoh penulisan akademik (writing samples). Jika universiti atau jabatan meminta contoh tulisan akademik, anda perlu mencari hasil-hasil tulisan anda (daripada assignments dan sebagainya) yang terdahulu, biasanya jabatan akan memaklumkan berapa panjang sampel yang dikehendaki. Dan esei/sampel tulisan tersebut mestilah kerja yang sudah ditanda/diberi markah oleh pensyarah anda di peringkat pengajian sebelum ini.
  7. Bukti kemahiran berbahasa Inggeris, maknanya sijil IELTS atau TOEFL. Bersedialah untuk menduduki salah satu ujian bahasa ini sesegera mungkin, dan pastikan dahulu markah minimum yang digariskan oleh universiti dan jabatan. Untuk IELTS, markah minimum yang paling selamat ialah band 7.0 hingga 7.5 (band paling tinggi ialah 9) dalam semua komponen ujian (reading, writing, listening, speaking), dan juga sebagai band purata keseluruhan ujian. Biasanya anda boleh mengabaikan bahagian sijil ujian bahasa ketika melengkapkan dan menghantar borang permohonan dan menduduki IELTS atau TOEFL selepas memohon, tetapi lambat laun anda perlu juga mengemukakan keputusan IELTS atau TOEFL kepada universiti apabila sudah mendapat tawaran bersyarat (conditional offer).
Maryam Nabeelah IsmailPengajian pascasiswazah, khasnya juzuk penyelidikannya, bersifat tekstual, apatah lagi untuk pelajar bidang Sastera dan Kemanusiaan.

Kemahiran berbahasa ialah kunci utama kepada pemahaman dan proses luahan idea setiap penyelidik. Kuasailah bahasa Inggeris jika mahu menyelidik dengan berkesan, terutamanya jika anda seorang pelajar di UK.

[Ini contoh dokumen primer yang perlu diteliti demi meraih secebis kefahaman mengenai sejarah manusia.]

#5: Kursus di universiti manakah yang paling sesuai untuk anda?

Ustazah Firuz Akhtar ada menulis sebuah panduan ringkas yang baik bagi pelajar-pelajar yang masih mencari universiti yang paling sesuai. Di sini saya kongsikan cara memilih, berdasarkan pengalaman saya sendiri.

  1. Kenalpasti lapangan yang anda minat. Semasa memilih kursus di peringkat MA dahulu, saya sudah tahu lapangan sejarah yang saya mahu kuasai, iaitu sejarah Yahudi di zaman moden (bukan zaman ancient, classical, atau medieval). Tetapi, saya masih belum tahu sejarah kawasan geografi mana yang saya mahu dalami. Maka taught master ialah pilihan yang paling sesuai untuk saya, kerana saya memerlukan pendedahan (di dalam kuliah) kepada sejarah Yahudi secara umum, dan sejarah Yahudi moden (di seluruh dunia) secara khusus.
  2. Kenalpasti pilihan-pilihan yang ada. Alhamdulillah, kerja survey kursus saya dimudahkan dengan panduan yang disediakan di laman British Association for Jewish Studies (BAJS). BAJS menghimpunkan maklumat tentang semua kursus pengajian tinggi yang berkait dengan Jewish Studies, yang ditawarkan di United Kingdom serta di institusi-institusi lain. Ketika saya di semester akhir pengajian Sejarah di UIA, saya telah mencetak dan membukukan panduan ini, dan membandingkan kursus-kursus Jewish Studies yang ada di setiap universiti. Mungkin ada panduan sebegini untuk bidang anda, mungkin tidak. Tanyalah kepada ahli-ahli di dalam bidang yang anda minati, dan jika anda tak kenal sesiapa, mulakan dengan Google. 
  3. Mohon. Berdasarkan pengamatan dan perbandingan saya, akhirnya saya memilih untuk menghantar permohonan bagi lima kursus: (1) MA Jewish History, UCL (2) MA Israeli Studies, SOAS (3) MSt Jewish Studies, Oxford (4) MA Jewish Studies, Manchester dan (5) MA Jewish Studies, King's College London. Saya mendapat tawaran untuk kesemuanya kecuali MSt Jewish Studies, Oxford.

    Tip: Hantar permohonan sebanyak mungkin. Anda yakin atau tak yakin, anda minat atau kurang minat, mohonlah selagi kursus tersebut memenuhi keperluan asas matlamat anda. Kita merancang, tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik. Dahulu, saya sangka MSt Jewish Studies di Oxford ialah pilihan yang terbaik, tetapi setelah gagal mendapat tawaran tersebut, saya terpaksa menilai kembali pilihan-pilihan yang ada. Akhirnya saya memilih MA Jewish History di UCL -- yang merupakan pilihan terakhir saya! -- dan alhamdulillah, pilihan itulah yang paling tepat.

  4. Pilih yang paling sesuai. Setelah mempertimbangkan keperluan, kepakaran dan pengkhususan setiap jabatan, dan peluang biasiswa, saya memilih untuk menjalani MA Jewish History di University College London (UCL).

Tip: Apabila mencari dan membandingkan maklumat daripada laman rasmi universiti, jangan terlampau terkesan dengan persembahan maklumat/reka bentuk laman setiap universiti -- umumnya maklumat yang dibekalkan (mengenai struktur kursus, gaya pengajian, suasana pembelajaran, dan kehidupan di bandar/tempat tersebut) sangat jelas, tetapi banyak lagi sisi universiti/jabatan tersebut yang anda takkan dapat tahu melainkan dengan bertanya kepada kakitangan/pensyarah/pelajar di situ. Sekali lagi, internet ialah sahabat baik anda dalam hal ini -- cuba sertai forum-forum pelajar [contohnya The Grad Cafe atau The Student Room], atau hubungi kenalan-kenalan yang pernah atau sedang belajar di universiti yang anda minati. Anda tak perlu menyandarkan pilihan anda kepada pandangan peribadi mereka, tetapi pengalaman sebenar penting untuk dijadikan panduan memilih universiti.

Vibe yang anda rasakan daripada melayari laman sesawang universiti takkan dapat menggambarkan pengalaman sebenar menjadi pelajar di universiti tersebut.
 
Apakah ciri-ciri yang wajar dipertimbangkan semasa memilih universiti dan kursus?

Ciri-ciri dalaman (yang membezakan kursus A dengan kursus B). Inilah perkara-perkara yang perlu anda utamakan dalam memilih:
  1. Prestasi dan reputasi universiti secara keseluruhan. Umumnya, universiti yang mempunyai reputasi yang lebih tinggi di kalangan ahli akademik akan menawarkan kepakaran, struktur dan kemudahan belajar yang lebih baik. Kebanyakan biasiswa Malaysia meletak syarat pemilihan universiti yang tinggi kedudukannya dalam penilaian-penilaian seperti yang diterbitkan oleh Times Higher Education atau QS World University Rankings contohnya, jadi perihal reputasi ini adalah sesuatu yang anda takkan dapat abaikan. Prospek kerjaya juga dikatakan agak cerah bagi pelajar-pelajar lulusan universiti-universiti terbaik.
  2. Reputasi jabatan dan kursus yang ditawarkan. Walaupun nama dan prestij universiti boleh membuka pelbagai pintu kerjaya dan peluang di masa hadapan, tetapi hakikatnya kekuatan setiap jabatan dan kursus yang mereka tawarkan adalah kriteria yang perlu diutamakan. Banyak parameter penilaian ranking universiti yang mengutamakan pencapaian universiti dalam pengajaran di peringkat sarjana muda, jadi apabila anda mencari kursus yang sesuai untuk pengajian pascasiswazah, anda perlu lebih teliti mengkaji kepakaran dan kemudahan yang disediakan oleh tiap-tiap jabatan/fakulti untuk pelajar-pelajar pascasiswazahnya. Pencapaian universiti dalam lapangan penyelidikan juga wajar dipertimbangkan.
  3. Kepakaran tenaga pengajar dan penyelidik yang ada. Bagi peringkat pascasiswazah, khususnya bagi pelajar research degrees, inilah kriteria paling penting dalam memilih kursus dan universiti. Di peringkat ini, anda sudah mengkhususkan perhatian dan masa anda kepada satu lapangan yang kecil, maka mencari dan mempunyai penyelia yang berkepakaran dalam bidang kajian anda sangat penting.
Kriteria luaran (perkara sampingan yang turut memberi kesan terhadap pengalaman belajar):
  1. Kos hidup. Contohnya, kadar sewa rumah/bilik (yang merupakan perbelanjaan terbesar setiap bulan) di UK berbeza-beza mengikut kawasan. London dan Edinburgh terkenal dengan kos sara hidup yang tinggi. Perkara ini mudah sahaja selesai sekiranya anda berjaya mendapatkan biasiswa penuh, terutama daripada badan-badan Malaysia yang memberi elaun sara hidup mengikut garis panduan JPA. Tetapi jika anda mempunyai tanggungan lain, atau memerlukan wang lebih untuk kos perjalanan dan buku, anda perlu rajin mencari bursaries dan minor scholarships dari pihak universiti dan sebagainya.
  2. Kawasan persekitaran, budaya. Anda mahu menyewa di kawasan yang lebih berbilang kaum (biasanya di bandar) atau yang penduduknya tidak berbeza latar belakang? Anda lebih gembira tinggal di kampung, pekan kecil atau bandar? Dulu, saya fikir saya lebih suka belajar di bandar kecil, atau bandar universiti seperti Oxford dan Cambridge. Saya fikir, kalau boleh saya tak mahu belajar/hidup di London, kerana kosnya mahal, dan persekitarannya yang sibuk. Setelah memilih UCL dan menyewa di West-Central London, saya sedar bahawa saya sememangnya lebih gemar hidup di bandar yang penuh dengan manusia dan bangunan. Setiap kali saya melawat bandar atau pekan lain di UK, saya akan merindui hiruk-pikuk dan kemudahan yang ada di London. Walaupun saya tak dapat berjimat atau menyimpan wang elaun bulanan seperti pelajar-pelajar lain yang tinggal di kawasan lain, tapi saya bersyukur, bahagia dan sangat berpuas hati dengan pengalaman hidup di London. Ada kenalan yang belajar di Leeds menceritakan betapa bosannya hidup di sana ["...sampai rasa nak menangis!"] kerana kedai-kedai ditutup awal, jam 6 petang. Ada pula orang yang sukakan persekitaran yang penuh hijau nyaman, dan dikelilingi alam sekitar. Anda bagaimana?
  3. Kemudahan hidup. Bagi yang Muslim, perkara yang sering dirisaukan ialah makanan halal serta masjid dan komuniti Muslim setempat. Kawan saya di Durham jarang sekali dapat menjamah hidangan ayam atau daging, kerana tiada daging halal dijual di Durham. Kalau mahu, dia perlu pergi ke bandar lain yang terdekat, York. Anda takkan mati tanpa daging dan ayam inshaAllah, tapi apabila teringin, haruslah sanggup berjalan jauh untuk mendapatkan makanan idaman yang halal. Di London, alhamdulillah sangat mudah mendapatkan bahan mentah dan makanan siap yang halal. Masyarakat Muslim di UK bukan sedikit, jadi inshaAllah anda tidak akan menghadapi masalah untuk mencari masjid (terutama untuk kemudahan solat Jumaat) dan sebagainya, walaupun prasarana yang ada tidak sama seperti yang ada di Malaysia.
Maryam Nabeelah Ismail
 Di London, terdapat banyak pilihan makanan halal.
[Makanan ala Cina di Camden Market]

 Maryam Nabeelah Ismail
 Durham, bandar zaman pertengahan yang didiami oleh orang-orang tua...serta para pelajar Durham University.

Maryam Nabeelah Ismail
 London, kota tumpuan manusia.

Yang paling penting, tak kiralah di mana pun universiti pilihan anda, pastikan anda mempunyai sistem sokongan yang teguh. Ahli keluarga, sahabat-sahabat, rakan serumah dan jiran-jiran, kenalan-kenalan warganegara Malaysia yang lain, semuanya berperanan mengimbangi susah senang yang bakal anda hadapi sepanjang tempoh belajar.

#6: Bagaimana anda mahu membiayai yuran pengajian serta perbelanjaan sepanjang tempoh belajar?

Seperti proses permohonan untuk menyertai kursus universiti, permohonan biasiswa juga "susah" kerana anda perlu bersaing dengan beratus-ratus (dan kadangkala beribu-ribu) pelajar lain untuk mendapatkan tempat dan dana yang terhad. Ada biasiswa yang proses pemilihannya lebih mencabar daripada yang lain, tetapi Allah jualah yang menetapkan rezeki kita semua. Jadi, hantar sajalah permohonan untuk semua biasiswa yang anda layak memohon. Sekali lagi, Ustazah Firuz ada berkongsi tip-tip permohonan biasiswa di blognya, dan banyak lagi sebenarnya blog dan laman sesawang yang menghimpunkan maklumat biasiswa dalam dan luar negara. Sejujurnya, bagi pelajar bidang Kemanusiaan seperti saya, pilihan biasiswa yang ditawarkan agak terhad berbanding dengan pilihan yang ada untuk bidang Sains Tulen, Ekonomi serta Undang-Undang (antara lainnya). Jika berkelapangan, inshaAllah saya akan menyenaraikan biasiswa-biasiswa yang boleh dimohon untuk pelajar-pelajar aliran Sastera dan Kemanusiaan.

Selamat berjaya!

Tuesday, May 26, 2015

Sunday, May 17, 2015

Tuesday, May 12, 2015